BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 20 August 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Women Military celebrated its 38th anniversary since its establishment on 29 June 1981 at the Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Siti Isah binti Haji Abu Talip, Staff Officer Grade 1 Personnel of the Directorate of Personnel. Also present at the ceremony were senior officers, officers and other ranks from all RBAF Women units. 

The ceremony commenced with a special lecture titled “Wanita Yang Dirindui Syurga” delivered by Ustazah Siti Nor Aziah binti Haji Ali, Assistant Religious Officer, Da’wah Dissemination Division, Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs.

It then followed with the recitation of Surah Yassin and Tahlil which was led by Captain Noria Fatriah binti Haji Mutalif, Religious Officer, Religious Department of Royal Brunei Armed Force (JAMAAT) and the Doa Kesyukuran was led by Captain Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan, Religious Training Officer, JAMAAT.

The religious ceremony was organised to nurture religious spirituality among the RBAF women personnel. Currently, there are approximately 770 women personnel serving for the RBAF.

DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ASKAR WANITA ABDB KE-38 TAHUN



BOLKIAH GARISON, Selasa, 20 Ogos 2019 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-38 tahun sejak penubuhannya pada 29 Jun 1981. Majlis berkenaan diadakan di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Hadir selaku tetamu hormat majlis adalah Leftenan Kolonel Siti Isah binti Haji Abu Talip, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabtanarah Keanggotaan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan lain-lain peringkat Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis diserikan dengan ceramah khas yang bertajuk “Wanita Yang Dirindui Syurga” yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Aziah binti Haji Ali, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis seterusnya diselajurkan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Kapten Noria Fatriah binti Haji Mutalif, Pegawai Agama, Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMAAT), manakala Doa Kesyukuran diketuai oleh Kapten Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan, Pegawai Latihan, JAMAAT. 

Upacara keagamaan dianjurkan untuk memupuk kerohanian agama di kalangan anggota wanita ABDB. Pada masa ini, seramai lebih kurang 770 askar wanita yang berkhidmat di dalam ABDB.