BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 24 July 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence received a farewell call from His Excellency Motohiko Kato, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Japan to Brunei Darussalam. 

During the call, both sides expressed satisfaction upon the cordial defence relations enjoyed between Brunei Darussalam and Japan which has been fostered through bilateral and multilateral platforms. The Second Minister of Defence commended His Excellency’s contribution in facilitating the progress of bilateral relations between the two countries particularly in the area of defence.

His Excellency presented a Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, on 10 August 2017.



MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DUTA BESAR JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 24 Julai 2019 –Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak berpuas hati atas hubungan pertahanan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun yang diperkukuhkan melalui platform dua hala dan pelbagai hala. Menteri Pertahanan Kedua merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama di atas usaha Tuan Yang Terutama memastikan pencapaian kemajuan yang berterusan dalam hubungan dua hala di antara kedua-dua negara terutamanya dalam bidang pertahanan.

Tuan Yang Terutama telah menghadapkan Surat Watikah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2017.