
RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 16 July 2019 – A thanksgiving “Jiwa Murni” ceremony for prospective Hajj pilgrims from the Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was held this morning at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
Present as the guest of honour was the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.
A total of 79 pilgrims including family members will embark on the Hajj journey this year, 11 of whom are serving MINDEF civilians, 1 MINDEF civilian retiree, 15 RBAF personnel and 21 RBAF retirees.
The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah and surah Yassin led by Pengiran Fakhrul Syakirin Pg Hj Zainuddin, Religious Teacher of Royal Brunei Air Force (RBAirF), followed by a religious talk titled “Berjihad Dalam Mencapai Darjat Haji Mabrur” delivered by Ustaz Pengiran Haji Abdul Basit bin Pengiran Haji Zaini, Majlis Ta’lim Anwar Al Hudaa and then a speech by the organising committee chairman, Major (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, RBAirF.
In closing, the guest of honour and his spouse, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili presented donations and gifts consisting of medical supplies to the pilgrims, followed by a Doa Selamat which was read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.
Also in attendance were the Commander of the RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah; Service Commanders; Deputy Permanent Secretary; Commandants; civilian and military directors; senior officers; and officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.





MAJLIS JIWA MURNI 2019/1440H BAGI BAKAL-BAKAL HAJI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 16 Julai 2019 – Majlis Doa Kesyukuran Jiwa Murni bagi bakal-bakal jemaah Haji Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan pagi ini di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Seramai 79 bakal-bakal haji termasuk ahli keluarga akan menunaikan fardhu Haji, di mana 11 daripadanya adalah kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang masih berkhidmat, 1 orang kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang besara, 15 orang anggota ABDB dan 21 orang anggota ABDB yang bersara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin yang dipimpin oleh Pengiran Fakhrul Syakirin Pg Hj Zainuddin, Guru Ugama Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan diikuti dengan penyampaian takzirah Ibadah Haji bertajuk “Berjihad Dalam Mencapai Darjat Haji Mabrur” yang disampaikan oleh Ustaz Pengiran Haji Abdul Basit bin Pengiran Haji Zaini, Majlis Ta’lim Anwar Al Hudaa dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis Mejar (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Tetamu Kehormat dan isteri beliau, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili juga telah berkesudian menyampaikan sumbangan derma dan cenderakasih berupa pakej ubat-ubatan kepada bakal-bakal haji. Doa selamat telah dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.
Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan Setiausaha Tetap; Komandan-Komandan; pengarah-pengarah awam dan tentera; pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.