BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 15 July 2019 – The nation as one marked the 73rd birthday anniversary of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam with a Grand Parade at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the heart of the capital this morning.

His Majesty’s arrival to the Royal Dais at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem orchestrated by the bands of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Royal Brunei Police Force (RBPF). A customary 21-gun salute was then fired in honour of His Majesty’s birthday.

His Majesty was joined by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah to witness the birthday parade.

Right in the centre of the field of Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, the Royal Guard of Honour, mounted by personnel from the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, RBPF and members of uniformed government departments and associations stood at attention with pride and discipline as His Majesty made his round of inspection. 

The Grand Parade, as the highlight of the day’s event, was commanded by 665 Lieutenant Colonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif. The parade showcased both RBAF and RBPF men and women, performing slow and quick march pass.

At its closing, the parade contingents let out three cheers of ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’, which was followed by a fly-past by a fleet of Royal Brunei Air Force aircraft.





ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-73 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Julai 2019 – Sambutan senegara perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 tahun telah bermula dengan Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara pagi ini.

Sejurus ketibaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung beredar ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ oleh gabungan Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB). Tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan diperkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Di tengah-tengah padang Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Barisan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada anggota dari pasukan Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan-jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan berseragam berdiri tegak dengan penuh kebanggaan dan disiplin semasa Baginda berkenan berangkat memeriksa perbarisan.

Istiadat Barisan Kehormatan sebagai kemuncak sambutan mempamerkan barisan lalu dalam masa perlahan dan cepat di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, 665 Leftenan Kolonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif.

Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian serta disusuli dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.