BOLKIAH GARRISON, Sunday, 30 June 2019 – His Majesty the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to award the Ministry of Defence Scholarship 2019 to a student from Pusat Tingkatan Enam, Tutong.
Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin has been granted the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Scholarship and will pursue a
Bachelor of Science Degree in Electronic and Information Technology Systems at the United States Military Academy – Westpoint, United States of America.
The 2019 Supreme Commander of the RBAF Scholarship Award and Signing Ceremony was held at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies, Ministry of Defence.
Signing on behalf of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF.
Also present to witness the award and signing ceremony was the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof, members of the Defence Executive Committee, directors and senior officers of Ministry of Defence and RBAF, the Selection Process Board members, parents of the scholarship recipients, principals, teachers and MinDef scholars.


SEORANG PENUNTUT CEMERLANG DIANUGERAHKAN BIASISWA KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Ahad, 30 Jun 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah mengurniakan titah perkenan bagi penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2019 kepada seorang penuntut dari Pusat Tingkatan Enam, Tutong.
Awang Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan akan melanjutkan pengajian sarjana muda
Bachelor of Science Degree in Electronic and Information Technology Systems di United States Military Academy – Westpoint, Amerika Syarikat.
Majlis Penandatanganan Perjanjian dan Penganugerahan Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tahun 2019 berlangsung di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.
Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.
Turut hadir menyaksikan penandatanganan perjanjian dan penganugerahan biasiswa tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB, ahli-ahli Badan Proses Pemilihan Biasiswa, ibubapa penerima-penerima biasiswa, pengetua-pengetua, guru-guru dan penerima-penerima biasiswa Kementerian Pertahanan.