BERAKAS, Friday, 28 June 2019 – The Ministry of Defence (MINDEF) held an award presentation ceremony for retired, as well as outstanding civilian personnel for the year 2018 during the MINDEF Hari Raya Aidilfitri celebration event. The event took place at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), Berakas.
Present as the guest of honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence. Also present were the Defence Executive Committee members, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Services Commanders, Directors, Commandants, military and civilian personnel and other special invited guests.
During the presentation ceremony, four personnel of the Ministry of Defence received the ‘Public Service Excellence Award’ (APCPA) for the year 2018. The ‘Special Appreciation Award’ (PKKPA) was also awarded to a personnel in recognition for the contributions and services rendered to the Ministry.
The event continued with the Hari Raya Aidilfitri celebrations event. The main highlight for the event was the theme-based Hari Raya booths by various directorates and units. This year’s theme, ‘Evolusi Raya Kitani”, illustrates the evolution of Hari Raya Aidilfitri celebrations in Brunei Darussalam from the 1960s to the future 2035.
Other highlights of the event included the best ‘Hari Raya Video’ and also ‘Best Dressed’ competitions. The Hari Raya Aidilfitri event serves to strengthen and bridge the community bonds of the officers and staff at all levels in the Ministry.





KEMENTERIAN PERTAHANAN MERAIKAN KAKITANGAN AWAM DALAM MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
BERAKAS, Jumaat, 28 Jun 2019 – Dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kementerian Pertahanan telah menganjurkan acara bagi meraikan para pesara dan anggota-anggota Kementerian yang mempunyai pencapaian cemerlang bagi tahun 2018. Acara tersebut diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir adalah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah awam dan tentera, Komandan-Komandan, Pegawai-Pegawai, anggota tentera dan awam dan para jemputan khas luar.
Acara tersebut didahului dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) bagi tahun 2018 kepada empat orang kakitangan Perkhidmatan Awam Kementerian Pertahanan. Majlis juga diteruskan dengan Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA) yang khusus diberikan kepada kakitangan yang menyumbangkan khidmat bakti sepanjang perkhidmatan kepada Kementerian Pertahanan.
Majlis diteruskan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tarikan utama sambutan tersebut adalah pondok-pondok yang dihias menurut tema oleh setiap jabatanarah dan unit. Tema pada tahun ini adalah ‘Evolusi Raya Kitani’ yang menampilkan peredaran zaman sambutan Hari Raya di Brunei Darussalam dari 1960an ke masa hadapan tahun 2035.
Antara tarikan lain termasuk pertandingan tayangan Klip Video Terbaik dan juga Pakaian Terbaik. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga memberi peluang bagi memperkukuhkan hubungan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan semua pegawai dan kakitangan dalam semua peringkat di Kementerian ini.