BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 26 June 2019 – The 7th Defence Policy Dialogue between Brunei Darussalam and Republic of Singapore took place this morning at Rizqun International Hotel.
The dialogue was co-chaired by Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brunei Darussalam, and Mr. Chan Yeng Kit, Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence, Republic of Singapore. The dialogue was also attended by military and civilian officials from both sides.
The two co-chairs reaffirmed the special and long-standing bilateral defence ties between Brunei Darussalam and Republic of Singapore. Besides discussing a wide range of regional and security issues, both co-chairs made affirmation to their commitment to further enhance bilateral defence cooperation.
In the afternoon, Mr. Chan Yeng Kit had a courtesy call with Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence. Also present during the call was His Excellency Lim Hong Huai, Singapore’s High Commissioner in Brunei Darussalam. During the call, the Second Minister of Defence commended the Dialogue as an excellent avenue to promote bilateral defence relationship between Brunei Darussalam and Republic of Singapore.
As part of Mr. Chan Yeng Kit’s visit to Brunei Darussalam, he also toured the RBAF Defence Academy in Kampong Tanah Jambu yesterday. At the Defence Academy, Mr. Chan was welcomed by Colonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Commandant Defence Academy RBAF.
Initiated in 2009, the Defence Policy Dialogue between Brunei Darussalam and Republic of Singapore is aimed at fostering defence cooperation through discussion and information sharing, as well as exploring new areas of practical cooperation.


DIALOG DASAR PERTAHANAN KE-7 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA
BOLKIAH GARISON, Rabu, 26 Jun 2019 – Dialog Dasar Pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura kali ke-7 telah berlangsung pagi tadi di Rizqun International Hotel.
Dialog tersebut dipengerusi bersama di antara Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan dan Tuan Chan Yeng Kit, Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan, Singapura. Dialog tersebut juga dihadiri oleh pegawai-pegawai tentera dan awam dari kedua-dua negara.
Kedua-dua pengerusi berpuas hati atas hubungan dua hala yang baik dan telah terjalin sejak sekian lama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Kedua-belah pihak telah membincangkan dan bertukar-tukar pandangan mengenai berbagai isu dalam hal-ehwal keselamatan di rantau ini. Kedua pengerusi turut mengesahkan komitmen untuk terus meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala.
Di sebelah petang, Tuan Chan Yeng Kit membuat kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Negara Brunei Darussalam. Semasa kunjungan hormat tersebut, Menteri Pertahanan Kedua menyatakan Dialog tersebut merupakan satu saluran yang sangat baik untuk mempromosikan hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
Tuan Chan Yeng Kit turut mengadakan lawatan ke Akademi Pertahanan ABDB di Kampong Tanah Jambu kelmarin. Di Akademi Pertahanan ABDB, Tuan disambut dan dialu-alukan oleh Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Akademi Pertahanan ABDB.
Bermula pada tahun 2009, Dialog Dasar Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura ini bertujuan untuk memupuk kerjasama pertahanan melalui perbincangan dan perkongsian maklumat di samping menerokai bidang kerjasama praktikal.