BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 3 May 2019 – In conjunction with the 58th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Anniversary, the Ministry of Defence and RBAF personnel organised a campaign to clean the Muslim graves at Sepilok Cemetery, Kampong Pulaie.
100 personnel were involved in the activity coordinated by Captain (U) Nasrul Muhaimin bin Haji Matussin, Adjutant Garrison. Following the cleaning campaign, they also held recitation of surah Yassin, tahlil and doa arwah.
The Ministry of Defence and RBAF conduct various community-building activities and programmes throughout the year in an effort to strengthen ties amongst the personnel, as well as to enhance spiritual development.

AKTIVITI MEMBERSIHKAN KUBUR DI KAMPONG PULAIE SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-58 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mei 2019 – Anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam di Tanah Perkuburan Sepilok, Kampong Pulaie sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-58 tahun.
Seramai 100 orang anggota terlibat dalam aktiviti ini yang diketuai oleh Kapten (U) Nasrul Muhaimin bin Haji Matussin selaku Garison Ejutan. Aktiviti membersihkan kubur diikuti dengan bacaan surah Yassin, tahlil dan doa arwah.
Kementerian Pertahanan dan ABDB menjalankan pelbagai aktiviti dan program pembangunan masyarakat sepanjang tahun dalam usaha memupuk sifat kerjasama dan amal kebajikan di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan anggota ABDB, serta membangunkan kerohanian.