ISTANBUL, REPUBLIC OF TURKEY, Tuesday, 30 April 2019 – The 14th International Defence Industry Fair, held from 30 April to 03 May 2019 in Istanbul, Republic of Turkey, was hosted by the Turkish Ministry of National Defense and organised by the Tüyap Fairs and Exhibitions Organizations Inc. under the management of the Turkish Armed Forces Foundation (TAFF).
Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, the Deputy Permanent Secretary attended IDEF 2019, as representative of Ministry of Defence, Brunei Darussalam.
The opening ceremony was inaugurated by Turkish President Recep Tayyip Erdoğan on 30 April 2019. During the exhibition, the Deputy Permanent Secretary attended the opening ceremony as well as the invitational Gala Night hosted by the Presidency of the Turkish Defence Industry. The Deputy Permanent Secretary also visited key companies from the Turkish Defence Industry as well as other international defence companies. As part of his programme, he visited several ships operated by the Turkish Navy and Turkish Coast Guard Command.
The biennial event hosted more than 1000 participating companies from the global defence industries, which showcased a wide range of military products and technology.

TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP MENGHADIRI PAMERAN INDUSTRI PERTAHANAN ANTARABANGSA REPUBLIK TURKI KE-14
ISTANBUL, REPUBLIK TURKI, Selasa, 30 April 2019 – Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa ke-14 yang diadakan daripada 30 April hingga 03 Mei 2019 di Istanbul, Republik Turki, telah dihoskan oleh Kementerian Pertahanan Nasional Republik Turki dan dikendalikan oleh Tüyap Fairs and Exhibitions Organizations Inc. di bawah pengurusan Turkish Armed Forces Foundation (TAFF).
Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap telah menghadiri IDEF 2019 sebagai wakil Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis pembukaan IDEF 2019 telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Presiden Recep Tayyip Erdoğan pada 30 April 2019. Semasa lawatan tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap telah menghadiri majlis pembukaan serta Malam Gala yang dihoskan oleh Presiden Pengindustrian Pertahanan Republik Turki. Di samping itu, Timbalan Setiausaha Tetap juga telah mengunjungi syarikat-syarikat utama daripada Industri Pertahanan Republik Turki dan juga lain-lain syarikat antarabangsa. Beliau juga berpeluang untuk melawat beberapa kapal yang beroperasi di bawah Tentera Laut Republik Turki dan juga Turkish Coast Guard Command.
Pameran pertahanan tersebut yang dianjurkan setiap dua tahun ini telah disertai oleh lebih daripada 1000 syarikat dari industri pertahanan seluruh dunia, yang mempamerkan pelbagai produk dan teknologi pertahanan.