BOLKIAH GARRISON, Friday 3 May 2019 – Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received an introductory call by Brigadier General Kelvin Khong, Chief of Air Force, Republic of Singapore Air Force (RSAF).
During the call, the Second Minister of Defence highlighted the close and extensive bilateral relationship between Brunei Darussalam and Singapore that encompasses strong air force ties through regular exchange of visits, dialogues, meetings, exercises, trainings, courses, exhibitions and various forms of development and interaction programmes. Both defence establishments has cooperated extensively over the decades.
The Second Minister of Defence also congratulated Brigadier General Kelvin Khong on his appointment and hopes for the continued good relationship between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and RSAF in contributing towards wider defence ties.
He is in the country for his introductory visit from 2 to 3 May 2019.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI PANGLIMA ANGKATAN UDARA REPUBLIK SINGAPURA
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 3 Mei 2019 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini menerima kunjungan pengenalan daripada Panglima Angkatan Udara Republik Singapura, Brigadier Jeneral Kelvin Khong.
Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua menggariskan status hubungan dua hala yang sangat rapat diantara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Ini merangkumi jalinan tentera udara kedua belah pihak yang telah dimanifestasi secara aktif melalui pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat, latihan tentera, kursus, pameran-pameran pertahanan dan pelbagai program interaksi dan pembangunan. Kedua-dua institusi pertahanan telah bekerjasama dalam tempoh berdekad lamanya.
Menteri Pertahanan Kedua juga memberi ucapan tahniah di atas pelantikan Brigadier Jeneral Kelvin Khong dan berharap hubungan baik diantara Tentera Udara Diraja Brunei dan Angkatan Udara Republik Singapura akan terus kekal mantap ke arah memberikan sumbangan yang positif kepada hubungan pertahanan dua hala secara keseluruhannya.
Brigadier Jeneral Kelvin Khong berada di Negara Brunei Darussalam dari 2 hingga 3 Mei 2019 untuk kunjungan pengenalan beliau.