BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 1 May 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today received a courtesy call from Lieutenant General Nothapol Boonngam, Director of Joint Intelligence, Royal Thai Armed Forces (RTARF).
During the call, Commander of RBAF expressed pleasure on the close relationship between both armed forces that has over the years grown to encompass many fields of cooperation including information exchanges. Given the warm state of military-to-military relations between the RBAF and RTARF, the Commander of RBAF also welcomed further interactions between both sides in the future.
Lieutenant General Boonngam and delegation are in the country for the 6th Intelligence Exchange (INTELEX) between RBAF and RTARF from 29 April to 1 May 2019.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PERISIKAN BERSAMA, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND
BOLKIAH GARISON, Rabu, 1 Mei 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Jeneral Nothapol Boonngam, Pengarah Perisikan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB telah merakamkan rasa puas hati ke atas hubungan dua hala yang rapat di antara kedua buah angkatan tentera yang telah berkembang untuk merangkumi pelbagai landasan kerjasama termasuk pertukaran maklumat perisikan. Mengambil kira jalinan hubungan berkenaan, Pemerintah ABDB turut mengalu-alukan lebih interaksi di antara kedua buah angkatan tentera pada masa akan datang.
Leftenan Jeneral Nothapol Boonngam dan delegasi kini berada di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Mesyuarat Pertukaran Perisikan ke-6 di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand dari 29 April hingga 1 Mei 2019.