BOLKIAH GARRISON, Monday, 29 April 2019 – Major General Pengiran Dato Seri Paduka Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today received a farewell call from His Excellency Mr Vladlen Semivolos, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Russian Federation to Brunei Darussalam. 

During the call, both sides reaffirmed their commitment to strengthen the existing military cooperation between Royal Brunei Armed Forces and Armed Forces of the Russian Federation through various interactions and exchange of visits. The interactions thus far have enhanced mutual understanding and friendship amongst personnel of both armed forces. 

Commander RBAF also extended his appreciation to the Russian Federation for the continuous support and cooperation accorded to the RBAF and Brunei Darussalam as a whole.

PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA BESAR RUSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 29 April 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Paduka Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Rusia ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. 

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak menekankan komitmen untuk mengukuhkan hubungan ketenteraan yang sedia ada di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Persekutuan Rusia melalui pelbagai interaksi dan pertukaran lawatan. Interaksi-interaksi tersebut telah mengukuhkan persefahaman dan persahabatan di antara anggota-anggota angkatan tentera berkenaan. 

Pemerintah ABDB turut merakamkan penghargaan kepada pihak Rusia di atas sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan kepada ABDB dan Negara Brunei Darussalam secara keseluruhannya.