BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 24 April 2019 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam and the Jordanian Armed Forces, Hashemite Kingdom of Jordan conducted the inaugural Joint Committee Meeting (JCM) held at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison, Ministry of Defence, this morning.
The meeting was co-chaired by the Director of the Directorate of Defence Policy, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud and the Director of Planning and Organisation, Brigadier General Abdallah Hasan Abdallah Al-Huneiti.
During the meeting, both sides reaffirmed the warm and friendly defence relations between both countries. The discussions during the meeting, amongst others, included opportunities to explore areas of defence cooperation such as exchange of visits, training and courses, and military exercises. Both sides also had an exchange of views on areas of mutual concern.
As part of the program, Brigadier General Abdallah also made courtesy calls to Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. The Commander of RBAF commended the positive progress on the military relations between RBAF and the Jordanian Armed Forces. Both sides expressed hope for continuous bilateral interactions, exercises and visits in order to enhance military-to-military ties between Brunei Darussalam and the Hashemite Kingdom of Jordan.
Brigadier General Abdallah also paid a courtesy call to the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, where both underlined the importance of the inaugural conduct of the JCM.
Diplomatic relations between Brunei Darussalam and the Hashemite Kingdom of Jordan was established on 18 February 1985. Bilateral defence relations was further strengthened through the signing of a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 4 October 2018 in Amman, Jordan.



MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA KALI YANG PERTAMA DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM – KERAJAAN HASYIMIAH JORDAN
BOLKIAH GARISON, Rabu, 24 April 2019 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Tentera Bersenjata, Kerajaan Hasyimiah Jordan pada pagi ini telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bersama kali yang pertama di Mess Pegawai, Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.
Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Pengarah Dasar Pertahanan dan Brigedier Jeneral Abdallah Hasan Abdallah Al-Huneiti, Pengarah Perancangan dan Organisasi, Angkatan Bersenjata Jordan.
Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak telah mengesahkan hubungan pertahanan yang rapat di antara kedua-dua negara. Antaralain perbincangan semasa mesyuarat tersebut terrmasuk perbincangan penerokaan ke atas bidang kerjasama pertahanan seperti pertukaran lawatan, latihan dan kursus, latihan ketenteraan. Kedua-dua pihak juga menukar pandangan ke atas isu-isu sekuriti serantau kepentingan bersama.
Sebahagian daripada program lawatan tersebut, Brigedier Jeneral Abdallah juga membuat kunjungan hormat ke atas Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Pemerintah ABDB menyatakan rasa puas hati dengan hubungan pertahanan di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Jordan yang sedang meningkat dengan positif. Kedua belah pihak menyatakan hasrat untuk meneruskan interaksi, eksesais dan lawatan dua hala bagi meningkatkan hubungan ketenteraan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Hasyimiah Jordan.
Brigedier Jeneral Abdallah juga membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, di mana kedua-dua pihak menggariskan kepentingan mesyuarat Jawatankuasa Bersama kali yang pertama ini.
Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Hasyimiah Jordan telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 18 Februari 1985 dan telah menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan pada 04 Oktober 2018.