JORDAN, Saturday, 20 April 2019 – The
Rejimen Pasukan Khas (RPK) Team 1, representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Brunei Darussalam, emerged as champions in the 11th Annual Warrior Competition (AWC) 2019 which was held at the King Abdullah II Special Operations Training Center (KASOTC) in Amman, Jordan. The RPK Team 2 also attained the overall second Runner-Up position for the competition. The representatives of the RPK teams consisted of 2 officers and 12 enlisted personnel from the Elite Unit of the RBAF.

The AWC is an annual competition hosted by the Jordan Armed Forces that brings together elite special forces, military and law enforcement units from all over the world. The competition is specifically tailored to challenge, enhance, and hone the abilities of the competing teams. 

It highlights individual skills of the team members, as well as, their abilities to work together to plan and execute the hardest, yet, most realistic and challenging tasks and scenarios the units may face. The competition is also a platform for the teams to exchange experiences and knowledge of the latest tactics, and foster international cooperation and fraternal relations in the field of Special Operations and Counter Terrorism.  

This year’s competition consisted of five days of 8 grueling competitive events to test their shooting and physical abilities, and endurance in simulating real conditions. AWC 2019 was participated by 37 teams from 24 countries, culminating in the King’s Challenge where only the top 15 teams were qualified to participate. The final result of the competition, announced during the closing ceremony on Saturday, 20 April 2019 placed RPK Team 1 as Champions, Jordan’s Royal Guards as first Runner-Up and RPK Team 2 as Second Runner-Up.

Brunei Darussalam, represented by the RPK Teams, were the only participants from the Asia-Pacific region for this year’s competition. This year is the 6th time RPK had participated in the competition. Its participation in AWC highlights that the capabilities of the small, but highly capable elite unit within the RBAF is comparable to other elite Special Forces units around the world.


REJIMEN PASUKAN KHAS, ABDB JUARA KESELURUHAN PERLAWANAN 11TH
ANNUAL WARRIOR COMPETITION 2019

JORDAN, Sabtu, 20 April 2019 – Pasukan 1 dari Rejimen Pasukan Khas (RPK) yang mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Negara Brunei Darussalam telah muncul sebagai juara di perlawanan “11th
Annual Warrior Competition (AWC) 2019 yang dikendalikan oleh
King Abdullah II Special Operations Training Center (KASOTC) di Amman, Jordan. 

Manakala Pasukan RPK 2 telah berjaya mendapat tempat ketiga di dalam perlawanan tersebut. Sejumlah 2 orang pegawai dan 12 anggota tentera RPK telah mewakili unit elit RPK, ABDB di dalam perlawanan tersebut.

AWC adalah pertandingan tahunan yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Jordan, yang mana telah menyatukan pasukan-pasukan khas elit, unit angkatan tentera dan unit penguatkuasaan undang-undang dari seluruh dunia. Pertandingan ini secara khususnya bagi menghadapi apa jua bentuk cabaran, ke arah meningkatkan dan mempertajamkan kemampuan di kalangan pasukan yang bersaing.

Ia menonjolkan kemahiran individu serta kemampuan mereka untuk bekerjasama secara berpasukan dalam merancang dan melaksanakan tugas yang paling sukar, realistik dan mencabar serta berasaskan senario yang akan dihadapi oleh unit-unit yang terlibat. Pertandingan ini juga merupakan landasan bagi semua pasukan untuk bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan tentang taktik terkini. Ianya juga dihasratkan untuk memupuk semangat kerjasama antarabangsa, di samping itu bagi mengekalkan hubungan persaudaraan serta meningkatkan kefahaman dalam bidang Operasi Khas dan menentang pengganas
Counter Terrorism.

Pertandingan tahun ini telah dijalankan selama lima hari merangkumi 8 acara persaingan yang menguji tahap kemahiran menembak, keupayaan fizikal dan ketahanan dalam situasi yang sebenar.
AWC 2019 telah disertai oleh sejumlah 37 pasukan daripada 24 buah negara yang menyertai, kemuncak pertandingan adalah pada acara
King’s Challenge di mana hanya 15 pasukan teratas sahaja yang berkelayakan dan dibenarkan menyertainya. Keputusan akhir pertandingan telah diumumkan di dalam upacara penutup perlawanan pada hari Sabtu, 20 April 2019, di mana Pasukan RPK 1 telah menjadi Juara keseluruhan, Pasukan
Jordan’s Royal Guards mendapat tempat kedua manakala Pasukan RPK 2 telah mendapat tempat ketiga sekaligus pasukan RPK 1 telah diisytiharkan sebagai Juara
King’s Challenge 2019.

Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Pasukan RPK adalah satu-satunya peserta dari rantau Asia Pasifik di dalam pertandingan tahun ini. Ini adalah penyertaan kali ke-6 RPK, ABDB sejak ianya diperkenalkan. Dengan Kejuaraan Pasukan RPK dalam pertandingan kali ini, setentunya telah menunjukkan keupayaan sebenar unit elit ABDB ini. Walaupun sebuah unit yang kecil, namun mempunyai kebolehan dan keupayaan yang setanding dengan unit elit pasukan khas di seluruh dunia.