BOLKIAH GARRISON, Friday, 19 April 2019 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, two RBAF senior officers were promoted today. 

342 Captain Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, RBN, Deputy Commander of Royal Brunei Navy was promoted to First Admiral. Meanwhile, 413 Colonel (Udara) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Director of Intelligence, Ministry of Defence was promoted to Brigadier General. The promotion ceremony took place at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison this morning.

The insignias presentation ceremony was led by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF. 

Present at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, former Commanders of RBAF, members of Defence Executive Committee, Services Commanders, Commandants, Defence Advisers and Attachés based in Brunei Darussalam, directors, senior RBAF officers, officers of the Ministry of Defence and RBAF, and family members of those present.

The ceremony was blessed with a Doa Selamat by the Head of RBAF Religious Department (JAMAAT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.

 

DUA PEGAWAI KANAN ABDB DINAIKKAN PANGKAT

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 19 April 2019 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dua orang pegawai kanan ABDB telah dinaikkan pangkat hari ini.

342 Kepten Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, TLDB, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama. Sementara itu, 413 Kolonel (Udara) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan, dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral.

Majlis kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, mantan Pemerintah-Pemerintah ABDB, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, Penasihat dan Atase Pertahanan yang menetap di Negara Brunei Darussalam, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB, serta ahli keluarga jemputan yang hadir.

Doa selamat telah dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.