PANTAI MENTIRI GOLF COURSE, Saturday 6 April 2019 – Royal Brunei Armed Forces (RBAF) retired officer team led by Yang
Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Rtd) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong successfully defend Piala Wira Cup 2018 held at Pantai Mentiri Golf Club.
A total of 72 participants consists of 36 RBAF officers and 36 RBAF officers that have retired.
Also represent were RBAF retired officer team were Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier General (Rtd) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud; Yang Dimuliakan Pehin Datu Harimau Padang Major General (Rtd) Seri Awang Haji Husin bin Ahmad and former RBAF senior officers and officers that have retired.
Meanwhile, RBAF team was led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander, Services Commander, Commandants and RBAF senior officers.
Piala Wira Golf championship main purpose held is to further cultivate close relationship between RBAF officers with RBAF retired officers. It also allowed all players to interacts with former RBAF officers that have waded military nature as pioneer from 1960.




PERLAWANAN GOLF PIALA WIRA 2018
PANTAI MENTIRI, Sabtu 6 April 2019 – Pasukan Pegawai Angkatan Bersenjata Bersara (PABB) diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong telah berjaya mempertahankan Piala Wira Cup 2018 diadakan di Kelab Golf Pantai Mentiri.
Seramai 72 peserta yang mengikuti perlawanan tersebut terdiri daripada 36 pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang masih berkhidmat dan 36 pegawai-pegawai ABDB yang telah bersara.
Turut mewakili PABB ialah Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud; Yang Dimuliakan Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Husin bin Ahmad; pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB yang telah bersara.
Manakala, pasukan ABDB diwakili oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB.
Tujuan utama kejohanan Golf Piala Wira ini diadakan adalah bagi memupuk hubungan tali silaturahim diantara anggota Pegawai-pegawai ABDB yang masih berkhidmat dengan Pegawai Angkatan Bersenjata Bersara (PABB). Selain itu juga ia adalah bagi memberikan peluang bagi semua pemain berinteraksi dengan mantan-mantan pegawai ABDB yang telah mengharungi alam ketenteraan sebagai perintis dari tahun 1960.
ABDB akan menjadi tuan rumah untuk meneruskan tradisi dan semangat perlawanan pada sesi perlawanan Golf Piala Wira 2019 yang akan datang.