BOLKIAH GARRISON, Friday, 29 March 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Second Minister of Defence, received an introductory call from Her Excellency Madam Yu Hong, the newly appointed Ambassador of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam today.

During the call, both sides expressed their satisfaction on the warm and friendly defence relations. Both sides are also optimistic and looked forward to enhance the bilateral relations between the two countries especially in the area of defence. 

Defence relations between both Brunei Darussalam and the People’s Republic of China were further strengthened with the signing of the Memorandum of Understanding on Strengthening Defence Cooperation on 13 September 2017 during His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s State Visit to the People’s Republic of China.

Her Excellency presented her Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 4 February 2019.



MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK RAKYAT CHINA

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 29 Mac 2019 –  Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak menyatakan rasa puas hati atas hubungan pertahanan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China. Menteri.Kedua-dua belah pihak juga berasa yakin dan berharap untuk mencapai kemajuan yang berterusan dalam hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara terutama sekali dalam bidang pertahanan.

Hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah diperkukuhkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman Mengenai Memperkukuh Kerjasama Pertahanan pada 13 September 2017 semasa lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China.

Puan Yang Terutama Yu Hong telah menyerahkan Surat Lantikan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 4 Februari 2019.