LANGKAWI, MALAYSIA, Tuesday, 26 March 2019 – The Ministry of Defence and Ministry of Transport of Malaysia co-organized the 15th Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA ‘19) from 26 to 30 March 2019 at Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Second Minister of Defence attended LIMA ‘19 at the invitation of Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu, the Minister of Defence of Malaysia. While Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, the Minister of Transport and Infocommunications (MTIC) also attended LIMA ’19 at the invitation of Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, the Minister of Transport Malaysia. Both Ministers led their respective delegation to LIMA ‘19 on 26 March 2019.

Accompanying the Second Minister of Defence were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Permanent Secretary of Ministry of Defence, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Commander of Royal Brunei Air Force and Captain Haji Othman bin Haji Suhaili, Deputy Commander of Royal Brunei Navy.

The opening ceremony was officiated by Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia on 26 March 2019 with the theme ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence’. This biennial event saw the participation from defence and commercial international exhibitors which showcased a full range of maritime and aerospace military as well as commercial products and technology. It also served as a platform for defence forces to assess defence capabilities.

During the visit, both Ministers held a separate bilateral calls with their respective counterparts. The Second Minister of Defence held a bilateral call with Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu, the Minister of Defence of Malaysia. The bilateral call was also attended by Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, the High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia. 

While Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Permanent Secretary of Ministry of Defence held a bilateral call with Yang Berbahagia Dato Halimi bin Abd Manaf, Secretary General Ministry of Defence Malaysia. In the calls, both sides acknowledged the close bilateral relations between Brunei Darussalam and Malaysia, and also discussed potential areas for defence cooperation.

Meanwhile the Minister of Transport and Infocommunications (MTIC) held a bilateral call with Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, the Minister of Transport Malaysia. The bilateral call was also attended by the High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia and senior officers from MTIC and the High Commission of Brunei Darussalam. During the call, both sides discussed on strengthening areas of cooperation relating to cross border matters in land transport, aviation and maritime sectors.  

 The Second Minister of Defence and  Minister of Transport and Infocommunications (MTIC) with high-level officers in a group photo at 15th LIMA ’19 Exhibition

 Menteri Pertahanan Kedua dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam gambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan di Pameran LIMA’19 ke-15




The Second Minister of Defence, and  Minister of Transport and Infocommunications in a group photo with Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia at the 15th LIMA’19 Exhibition

 Menteri Pertahanan Kedua dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama dengan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia di Pameran LIMA’19 ke -15




The Second Minister of Defence held a bilateral call with Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Defence of Malaysia.

Menteri Pertahanan Kedua dalam perjumpaan dua hala bersama Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia




The Second Minister of Defence visited one of the booths at the 15th LIMA’19 Exhibition

Menteri Pertahanan Kedua semasa melawat Pameran LIMA’19 ke-15 


MENTERI PERTAHANAN KEDUA DAN MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI HADIRI PAMERAN LIMA KE-15

LANGKAWI, MALAYSIA, Selasa, 26 Mac 2019 – Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi  (LIMA ‘19) yang ke-15 yang diadakan daripada 26 sehingga 30 Mac 2019 di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi telah dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menghadiri LIMA ‘19 di atas undangan Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia. Manakala Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga turut menghadiri LIMA ‘19 di atas jemputan  Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.  Kedua – dua Yang Berhormat Menteri mengetuai rombongan masing – masing untuk menghadiri LIMA ‘19 pada 26 Mac 2019.

Turut hadir bersama Menteri Pertahanan Kedua ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan Kepten Haji Othman bin Haji Suhaili, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei.

Majlis pembukaan LIMA ‘19 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 26 Mac 2019 dengan bertemakan ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence ’. Pameran pertahanan dan komersial yang dianjurkan setiap dua tahun ini telah disertai oleh delegasi-delegasi pertahanan dan komersial antarabangsa yang mempamerkan pelbagai produk pertahanan maritim dan aeroangkasa serta produk-produk komersial dan teknologi. Ianya juga berperanan sebagai landasan bagi angkatan pertahanan menilai keupayaan pertahanan.

Semasa lawatan tersebut, kedua-dua Yang Berhormat Menteri telah mengadakan pertemuan dua hala secara berasingan bersama dengan rakan sejawat dalam bidang masing-masing. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah mengadakan perjumpaan dengan Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir semasa perjumpaan dua hala tersebut ialah Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia. 

Manakala, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan juga telah membuat perjumpaan dua hala bersama Yang Berbahagia Dato Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Pertahanan Kementerian Pertahanan Malaysia. Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak mengesahkan hubungan dua hala yang baik diantara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, dan juga membincangkan bidang-bidang yang berpotensi untuk kerjasama pertahanan.

Di sesi lain pula, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga mengadakan perundingan dua hala bersama dengan Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir semasa perundingan dua hala tersebut ialah Tuan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Malaysia. Kedua belah pihak membincangkan mengenai memperkukuhkan bidang dan usaha kerjasama dalam bidang lintas batas pengangkutan darat, udara dan maritim bagi kedua-dua buah negara.