BOLKIAH GARRISON, Monday, 4 March 2019 – The inaugural Bilateral Defence Talks between Brunei Darussalam and New Zealand convened this morning at Ministry of Defence, Brunei Darussalam.

The meeting was co-chaired by Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Director of Defence Policy, Ministry of Defence Brunei Darussalam, and Mr. Eamonn O’Shaughnessy, Head of International Branch, New Zealand Ministry of Defence. The meeting discussed the existing bilateral defence and military cooperation and as well as exchange of views on areas of mutual concern, among others.

During his visit to the Ministry of Defence, Mr. O’Shaughnessy also paid a courtesy call to the Permanent Secretary of Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN. Both sides reaffirmed the warm and friendly defence relations between the two countries. Mr. O’Shaughnessy also gave a presentation titled “New Zealand’s Defence Policy and Upcoming Capability Plan“.

Bilateral defence and military relations between Brunei Darussalam and New Zealand dates as far back as 1987, when Brunei Darussalam became a member of the New Zealand Mutual Assistance Programme (MAP), which provided training assistance. Brunei Darussalam and New Zealand were the previous co-chairs of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group on Maritime Security (ADMM-Plus EWG on MS) for the 2014 – 2016 cycle.


BILATERAL DEFENCE TALKS ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN NEW ZEALAND

BOLKIAH GARISON, Isnin, 04 Mac 2019 – Mesyuarat
Bilateral Defence Talks antara Negara Brunei Darussalam dan New Zealand telah diadakan buat julung kalinya pada pagi tadi di Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Pengarah Dasar Pertahanan, dan Tuan Eamonn O’Shaughnessy,
Head of International Branch, Kementerian Pertahanan New Zealand. Mesyuarat antara lain membincangkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala dan juga pertukaran pandangan mengenai hal ehwal kepentingan bersama.

Semasa lawatan beliau ke Kementerian Pertahanan, Tuan O’Shaughnessy membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB. Kedua-dua pihak mengesahkan hubungan pertahanan mesra antara kedua-dua negara. Tuan O’Shaughnessy juga menyampaikan satu pembentangan bertajuk “New Zealand’s Defence Policy and Upcoming Capability Plan“.

Hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan New Zealand boleh ditinjau sejauh tahun 1987 melalui
Mutual Assistance Programme
(MAP) yang dianjurkan oleh New Zealand bagi tujuan bantuan dalam latihan. Negara Brunei Darussalam dan New Zealand juga merupakan pengerusi bersama ASEAN
Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group on Maritime Security (ADMM-Plus EWG on MS) bagi kitaran 2014 – 2016.