
JAKARTA, INDONESIA, Thursday, 28 February 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the 3rd Brunei Darussalam-Republic Indonesia (BRUNESIA) High Level Committee (HLC) Meeting in Jakarta, Republic of Indonesia.
The meeting was jointly chaired by Marsekal TNI Dato Paduka Seri Hadi Tjahjanto, Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI) and the Commander of RBAF. The objective of the meeting was to further enhance and strengthen the bilateral military to military cooperation between both armed forces in terms of sharing intelligence, training and operations.
The meeting concluded with the signing of the mutually agreed joint statement between both commanders on 28 February 2019 which reiterated the implementation of further planned interactions for both armed forces in 2019/2020.
The RBAF will host the next BRUNESIA HLC Meeting in Brunei Darussalam in 2021.

PEMERINTAH ABDB MENGHADIRI MESYUARAT BRUNESIA HIGH-LEVEL COMMITTEE KE-3 DI REPUBLIK INDONESIA
JAKARTA, INDONESIA, Khamis, 28 Februari 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri Mesyuarat Negara Brunei Darussalam-Republik Indonesia (BRUNESIA) High Level Committee (HLC) yang ke-3 di Jakarta, Republik Indonesia.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan bersama oleh Marsekal TNI Dato Paduka Seri Hadi Tjahjanto, Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI), Panglima Angkatan Tentara Nasional Indonesia dan Pemerintah ABDB. Objektif mesyuarat tersebut ialah untuk meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama ketenteraan dua hala di antara kedua buah angkatan tentera dalam bidang perkongsian perisikan, latihan dan operasi.
Mesyuarat tersebut diakhiri dengan penandatanganan kenyataan bersama yang telah dipersetujui di antara kedua belah pihak pada 28 Februari 2019 yang menekankan kepentingan pelaksanaan interaksi-interaksi yang telah dirancang di antara kedua buah angkatan tentera bagi tahun 2019/2020.
ABDB akan menghoskan mesyuarat BRUNESIA HLC yang seterusnya di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2021.