PENANJONG GARRISON, Sunday, 21 August 2022 – The inaugural exercise between the Special Forces Regiment (SFR) Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and 2nd Squadron Royal Guard Special Forces (RGSF) Bahrain, namely Exercise Hamad Storm, concluded with a closing ceremony held at the Special Forces Regiment’s Cookhouse, Penanjong Garrison.


Present as the Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF.


The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and proceeded with an appreciation speech by Major Sheikh Mohamed Hamad Al Khalifa, Officer Commanding 2nd Squadron RGSF. 


Subsequently, Commander of the RBAF delivered his Closing Speech, stating amongst others the significance of this bilateral exercise which marks the start of what is foreseen to be a lasting invaluable relationship between SFR and RGSF and congratulating both units on a successful Exercise. 


The exercise focuses on jungle warfare, tactics and procedures in Brunei Darussalam’s challenging terrain that will undoubtedly accord the RGSF new skills and experiences as well as generate avenues on knowledge sharing accustomed to bilateral exercises. Commander RBAF also reminded all present of the importance in honing Jungle Warfare skills and knowledge repetitively and the crucialness to pass it on to the new generation so that it would not be lost and forgotten.


The closing ceremony ended with the exchange of mementoes and presentation of certificates by the Commander RBAF to the participants involved in Exercise Hamad Storm 2022.





MAJLIS PENUTUP EKSESAIS HAMAD STORM 2022


PENANJONG GARISON, Ahad, 21 Ogos 2022 – Latihan bersama buat julung kalinya antara Rejimen Pasukan Khas (RPK) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Royal Guard Special Forces (RGSF) Bahrain yang dinamakan Eksesais Hamad Storm telah pun berakhir dengan majlis penutup bertempat di Rumah Masak Rejimen Pasukan Khas, Penanjong Garison.


Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Mejar Sheikh Mohamed Hamad Al Khalifa, Pegawai Memerintah 2nd Squadron RGSF. 


Majlis kemudian diikuti dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Pemerintah ABDB di mana beliau menyatakan bahawa eksesais dua hala ini menandakan permulaan perhubungan yang tidak ternilai antara RGSF dan RPK dan seterusnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua buah unit tersebut.


Eksesais tersebut memberi tumpuan kepada peperangan hutan, taktik dan prosedur di kawasan hutan Negara Brunei Darussalam yang mencabar yang diharapkan akan membolehkan RGSF memperolehi kemahiran dan pengalaman baru serta menitikberatkan kepentingan mengadakan pertukaran pengetahuan semasa latihan dua hala. Pemerintah ABDB turut memesan agar kemahiran dan pengetahuan peperangan hutan yang diperolehi akan sentiasa dilatihkan dan diturunkan kepada generasi baru agar tidak dilupakan.


Majlis penutup diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan penyampaian sijil yang disampaikan oleh Pemerintah ABDB kepada peserta-peserta yang terlibat dalam Eksesais Hamad Storm 2022.