BERAKAS, Saturday, 20 August 2022 – The Pencak Silat championship, held for five days in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 76th birthday, concluded with a closing ceremony at the Indoor Stadium Sultan Haji Hassanal Bolkiah National Sports Complex.
Present as the Guest of Honor to officiate the closing ceremony was Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz where he presented prizes to those involved.
The Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB) won the competition by earning seven gold medals, five silver medals, and seven bronze medals, defeating the District Teams of Brunei Muara, Tutong, Kuala Belait, and Temburong, the Royal Brunei Police Force Sports Council, the Brunei Schools Sports Council, and the Persaudaraan Setia Hati Terate.

PERTANDINGAN SENI PENCAK SILAT SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE- 76 TAHUN
BERAKAS, Sabtu, 20 Ogos 2022 – Pertandingan Seni Pencak Silat, yang diadakan selama lima hari, Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke- 76 tahun diakhiri dengan Majlis Penutup bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi merasmikan Majlis Penutup tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz di mana beliau turut menyampaikan hadiah kepada yang terlibat.
Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) telah pun menjuarai pertandingan tersebut setelah memenangi 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 7 pingat gangsa setelah mengalahkan pasukan yang terdiri daripada Pasukan Daerah Brunei Muara, Tutong, Kuala Belait, Temburong, Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei dan Persaudaraan Setia Hati Terate.