BOLKIAH GARRISON, Monday, 25 July 2022 – Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received an introductory call from Her Excellency Yu Hong, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam this morning. Accompanying Her Excellency was Senior Colonel Dai Qilin, the Defence Attaché of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam.

During the call, Her Excellency Yu Hong extended her congratulatory wishes on the Deputy Minister’s recent appointment. The Deputy Minister of Defence also took the opportunity to welcome Senior Colonel Dai Qilin to the Ministry of Defence, noting his arrival to Brunei Darussalam on 14 June 2022. 

Both sides reaffirmed the warm and friendly relations between Brunei Darussalam and the People’s Republic of China, built through defence and military interactions from both sides on various levels. Both sides also expressed hope for opportunities to further enhance defence cooperation and interactions in the near future.

Defence relations between Brunei Darussalam and the People’s Republic of China was established by the Memorandum of Understanding (MoU) for Military Exchanges signed on 12 September 2003. The signing of the MoU on Strengthening Defence Cooperation on 13 September 2017, supplemented areas for further bilateral cooperation. 

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 25 Julai 2022 – Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam pagi tadi. Turut hadir, Senior Colonel Dai Qilin, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam. 

Semasa kunjungan tersebut, Puan Yang Terutama Yu Hong menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan baharu Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan. Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan juga mengalu-alukan Senior Colonel Dai Qilin ke Kementerian Pertahanan yang telah tiba ke Negara Brunei Darussalam pada 14 Jun 2022. 

Kedua-dua belah pihak mengesahkan semula hubungan yang mesra dan baik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China yang dibina melalui pelbagai interaksi pertahanan dan ketenteraan di pelbagai peringkat. Kedua-dua belah pihak turut menyatakan hasrat untuk mempertingkatkan lagi kerjasama dan interaksi pertahanan pada masa akan datang.

Hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah ditubuhkan melalui Memorandum Persefahaman bagi Pertukaran Tentera yang ditandatangani pada 12 September 2003. Penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam Memperkukuh Kerjasama Pertahanan pada 13 September 2017 telah menambahkan lagi bidang kerjasama dua hala.