
BOLKIAH GARRISON, Saturday, 9 July 2022 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) organised a
Takbir Hari Raya event
at all Ministry of Defence and RBAF
suraus, including Masjid Pulau Baru-Baru with the focal event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this evening, to mark the
beginning
of
Hari Raya ‘Aidil Adha or
Hari Raya Haji.
Present at the event were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence; Acting Permanent Secretary, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The event began with Fardhu Maghrib prayers, followed by the
Takbir Hari Raya and concluded with Fardhu Isyak prayers. The annual religious event was held as a sign of gratitude to
Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the countless blessings given in enlivening the Hari Raya ‘Aidil Adha celebrations.

Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison

Surau Al-Faizun, Berakas Garison

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba

Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Kem

Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut

Masjid Pulau Baru-Baru

Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar
KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA ‘AIDIL ADHA
BOLKIAH GARISON, Sabtu, 9 Julai 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Takbir Hari Raya di kesemua surau Kementerian Pertahanan dan perkhemahan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada malam ini bagi menandakan bermulanya Hari Raya ‘Aidil Adha atau Hari Raya Haji.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan terus diserikan dengan laungan Takbir Hari Raya beramai-ramai dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. Majlis keugamaan seumpama ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pertahanan dan ABDB bagi merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas segala nikmat yang diberikan dalam memeriahkan sambutan Hari Raya ‘Aidil Adha.