REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 10 June 2022
– Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, attended the 19th IISS Shangri-La Dialogue (SLD) held at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore from 10 to 12 June 2022.


The three-day event started with a keynote address at the SLD Opening Dinner delivered by His Excellency Fumio Kishida, Japan’s Prime Minister, where he highlighted the ever-changing strategic environment and the best way to manage the Asia-Pacific’s many pressing security challenges. 


This year’s summit discussed various regional security issues, including the way forward for the United States’ vision for Indo-Pacific, China’s vision for regional order, new defence capabilities and military modernisation, the situation in Myanmar and climate change. On Day One of the Summit, a special address was virtually delivered by Volodymyr Zelenskyy, President of Ukraine.


At the sidelines of the SLD, the Deputy Minister of Defence held separate bilateral calls with Singapore, Australia, Canada and Cambodia where both sides of the bilateral calls have expressed pleasure on the warm and close bilateral ties, and reaffirmed their commitments to further strengthen existing defence and military cooperation. 


Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir also attended a reception and dinner at the Istana hosted by Her Excellency Halimah Yacob, President of the Republic of Singapore.


A day prior to the SLD, the Southeast Asian – United States Defence Ministers’ Meeting was also held where The Honourable Lloyd J. Austin III, the US Secretary of Defence, underlined the US vision for the Indo-Pacific followed by an open exchange of views on regional security issues among the participants. 


Also attending the 19th IISS SLD were Yang Mulia Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces; Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration) of the Ministry of Defence; Colonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, Director of Intelligence; Ampuan Yura Kasumawati binti Dato Paduka Haji Mohd Adnan, Acting Director of Defence Policy, and Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies.



Multilateral meeting between United States and Southeast Asian nations



Bilateral meeting with Minister of Defence Singapore






TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENGHADIRI DIALOG SHANGRI-LA IISS KE-19


REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 10 Jun 2022 – Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abdul Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, menghadiri Dialog Shangri-La IISS ke-19 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Republik Singapura dari 10 hingga 12 Jun 2022. 


Persidangan selama tiga hari tersebut dimulakan dengan Ucaptama pada Majlis Makan Malam Pembukaan Dialog Shangri-La dari Tuan Yang Terutama Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun di mana beliau menekankan persekitaran strategik yang tidak menentu dan cara yang terbaik untuk menangani cabaran-cabaran sekuriti di dalam rantau Asia Pasifik.


Persidangan tahun ini membincangkan pelbagai isu keselamatan serantau, termasuk hala tuju bagi visi Amerika Syarikat untuk rantau Indo-Pasifik, visi Negara Cina bagi ketertiban serantau, keupayaan pertahanan yang baharu dan permodenan ketenteraan, keadaan di Myanmar, dan perubahan iklim. Pada hari pertama persidangan tersebut, satu ucapan khas telah disampaikan oleh Volodymyr Zelenskyy, Presiden Negara Ukraine.


Di samping Dialog Shangri-La berkenaan, Timbalan Menteri Pertahanan mengadakan beberapa mesyuarat dua-hala berasingan dengan Republik Singapura, Australia, Kanada dan Kemboja di mana kesemua pihak menzahirkan perasaan berpuas hati dengan hubungan persahabatan yang baik dan rapat dengan Negara Brunei Darussalam dan mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan dan tentera yang sedia ada. 


Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir turut menghadiri majlis resepsi dan makan malam di Istana yang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob.


Sehari sebelum Dialog Shangri-la IISS, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan negara-negara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat telah diadakan sebelum Dialog Shangri-La IISS di mana Yang Berhormat Lloyd J. Austin III, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, menggariskan visi Amerika Syarikat bagi rantau Indo-Pasifik dan diikuti dengan sesi bertukar pandangan secara terbuka mengenai isu-isu keselamatan serantau.


Turut hadir ke Dialog Shangri-La IISS ke-19 ini ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran) Kementerian Pertahanan; Kolonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, Pengarah Jabatanarah Perisikan; Ampuan Yura Kasumawati binti Dato Paduka Haji Mohd Adnan, Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, dan Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.