
BOLKIAH GARRISON, Friday, 03 June 2022 – The 19th ASEAN Regional Forum Security Policy Conference (ASPC) chaired by General Nem Sowath, Special Advisor to Samdech Pichey Sena Tea Banh, Director-General, General Department of Policy and Foreign Affairs, Ministry of National Defence, Kingdom of Cambodia convened virtually today.
Representing the Ministry of Defence of Brunei Darussalam was Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), accompanied by officers from the Directorate of Defence Policy.
The conference discussed current and emerging regional and international security issues, ways forward for deepening regional defence cooperation in the post-COVID era, confidence-building measures as well as enhancing solidarity and cooperation among the ASEAN Regional Forum (ARF) member countries towards harmonised security.
ASPC was first convened in Beijing, People’s Republic of China on 5 November 2004 to further open new channels of dialogue and exchanges among defence officials, diplomats and military academicians as well as to further enhance mutual trust and understanding among defence officials. Since its establishment, ASPC has facilitated the exchange of views among ARF members and promoted understanding on the importance of defence and security issues in the region.

ASEAN REGIONAL FORUM SECURITY POLICY CONFERENCE KE-19 DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 03 Jun 2022 –
ASEAN Regional Forum Security Policy Conference (ASPC) ke-19 dipengerusikan oleh Jeneral Nem Sowath, Penasihat Khas kepada Samdech Pichey Sena Tea Banh, Director-General, General Department of Policy and Foreign Affairs, Kementerian Pertahanan Negara, Kemboja bersidang hari ini secara dalam talian.
Mewakili Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam ialah Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), yang disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatanarah Dasar Pertahanan.
Persidangan tersebut membincangkan isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa semasa dan baharu; hala tuju untuk mendalami kerjasama pertahanan pasca COVID-19, langkah-langkah membina keyakinan dan meningkatkan solidariti dan kerjasama di kalangan negara-negara ahli ASEAN Regional Forum (ARF) ke arah keselamatan yang harmoni.
ASPC, buat kali pertama telah diadakan di Beijing, Republik Rakyat China pada 5 November 2004, yang bertujuan untuk membuka saluran-saluran baru bagi dialog dan pertukaran sesama pegawai-pegawai pertahanan, diplomat dan ahli akademik pertahanan serta meningkatkan kepercayaan dan persefahaman sesama pegawai-pegawai pertahanan. Sejak penubuhannya, ASPC telah memudahkan pertukaran pandangan di antara negara-negara ahli ARF dan mengalakkan persefahaman terhadap kepentingan isu-isu pertahanan dan keselamatan serantau.