Muara Naval Base, Royal Brunei Navy, Tuesday, 31st May 2022 – His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consented to attend the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st Anniversary Celebration, which was held at Muara Naval Base.

Accompanying His Majesty to the celebration were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; and His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘Abdul Mateen. 

The arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam at the Royal Brunei Navy (RBN) Parade Square was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF; and Acting Permanent Secretary, Ministry of Defence as well as RBAF Services Commanders and the Joint Force Commander. 
  
Shortly after, His Majesty was accorded the Royal Salute and consented to inspect the Guard of Honour comprising 1,049  personnel from the Royal Brunei Land Force; Royal Brunei Navy; Royal Brunei Air Force; Special Forces Regiment; and the Women Military Personnel, which was commanded by Commander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN.

The grand parade then proceeded with the slow and fast march-past, and carries His Majesty’s and the RBAF’s regimental flags and followed by a marching forward to be observed again. 

His Majesty the Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam then delivered a Titah for Royal Brunei Armed Forces 61st Anniversary Celebration. This was followed by recitation of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” repeated three time to enliven the celebration with the RBAF’s ardent spirit. 

To bless the RBAF’s Anniversary celebration, a Doa Selamat was recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 

At the end of the Grand Parade, His Majesty once again received the Royal Salute, followed by the RBAirF helicopter’s fly-past and RBN sail pass consisting of 3 ships; KDB DARULEHSAN, KDB AFIAT and KDB SERASA. 

His Majesty and members of the royal family then proceeded to the static displays, located at the Naval Training Centre (NTC) presented by different RBAF units, using the RBLF Light Tactical All-Terrain Vehicle (LTATV). 

His Majesty and members of the Royal Family then viewed an exhibition of static displays by the RBLF and RBN. His Majesty also attended the commissioning of the RBN Kastila Simulation Centre for the Full Mission Bridge Simulator (FMBS) and viewed a static display on Defence Diplomacy by the Directorate of Intelligence, Ministry of Defence.

Subsequently, His Majesty attended a junjung ziarah session with recipients of the Supreme Commander Royal Brunei Armed Forces Scholarship and Royal Brunei Armed Forces Scholarship that are currently in Brunei Darussalam.

His Majesty and members of the Royal Family then proceeded to Dewan Nahkoda for Majlis Ramah Mesra with the RBAF’s Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs); and introduced to officers and personnel who have completed their mission in the  international Monitoring Team (IMT), Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring, and Assistance Team (IDB VMAT) and in the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) with Malaysian Battalion (MALBATT). 

His Majesty and members of the royal family continued to view the exhibition of static displays by the RBAirF as well as the launching of the RBAirF’s No.39 Squadron Unmanned Aerial System (UAS). His Majesty then went to the Warrant Officers Mess of the RBN Chief Petty Officer and Petty Officer to attend the Majlis Ramah Mesra with the RBAF’s Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs).

Finally, His Majesty and members of the Royal Family proceeded to the RBN’s Officer’s mess for a cake-cutting ceremony for the RBAF 61st Anniversary and a luncheon which was blessed with a Doa Selamat recited by Acting Director of JAMA’AT. 

This year’s theme of ‘Together in Accomplishing the National Vision’ is the manifestation of the RBAF as an organisation making headway, united in its loyalty to the Monarch and the Country, constantly embedding noble values to reach the country’s vision together. 









KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA PERBARISAN RAKSAKSA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-61

Pangkalan Muara Tentera Laut Diraja Brunei, Selasa, 31hb Mei 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksaksa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61 di Pangkalan Muara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
 
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Paduka-Paduka Anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Padang Kawad TLDB dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, berserta Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama. 

  Sejurus ketibaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung beredar ke Padang Kawad TLDB bagi menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa barisan Pasukan-Pasukan Perbarisan Raksaksa seramai 1049 orang anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Rejimen Pasukan Khas, Gabungan Askar Wanita dan Pancaragam ABDB di bawah Pemerintah Perbarisan, Komander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB.
  
Upacara tersebut kemudian disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh Pasukan-pasukan Perbarisan dengan Panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Panji-panji Pasukan ABDB dan diikuti dengan perbarisan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula. 

Baginda juga berkenan mengurniakan Titah Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-61 yang diikuti dengan tiga kali laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ disembahkan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyemarakkan lagi sambutan sekaligus gagasan semangat seluruh warga ABDB. 

Bagi memberkati upacara tersebut, bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pemangku Pengarah Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT). 

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan dengan Tabik Hormat Diraja yang diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB dan sail pass TLDB yang merangkumi 3 kapal iaitu KDB DARULEHSAN, KDB AFIAT dan KDB SERASA. 

Sejurus terbang lalu dan sail pass, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota serta ahli-ahli Kerabat Diraja berangkat ke Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL) bagi menyaksikan pameran statik dari unit-unit ABDB menggunakan kenderaan khas TDDB Light Tactical All-Terrain Vehicle (LTATV).

Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja berkenan berangkat menyaksikan pameran-pameran statik yang disembahkan oleh TDDB dan TLDB. Baginda juga berkenan berangkat ke penauliahan Pusat Simulasi Kastila bagi Full Mission Bridge Simulator (FMBS) TLDB dan menyaksikan pameran statik Diplomasi Pertahanan daripada Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.

Selepas itu, Baginda dijunjung berangkat bagi junjung ziarah bersama penerima-penerima Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan ahli-ahli Kerabat Diraja kemudiannya berangkat ke Dewan Nakhoda bagi Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah ABDB dan diikuti dengan beramah mesra bersama pegawai dan anggota yang telah menamatkan Misi International Monitoring Team (IMT), Independent Decommissioning Body Verification and Monitoring Assistance Team (IDB VMAT) dan Misi Pengaman United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) bagi Malaysian Battalion (MALBATT).

Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja juga berkenan berangkat bagi menyaksikan pameran statik daripada TUDB serta Perlancaran Skuadron No.39 Unmanned Aerial System (UAS), TUDB. Baginda setelah itu berangkat ke Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, TLDB bagi Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan ABDB. 

Akhir sekali, Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja dijunjung berangkat ke Mes Pegawai TLDB bagi Upacara Memotong Kek sempena Sambutan HUT ABDB Ke-61, yang diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan Pemangku Pengarah JAMA’AT, sebelum berangkat ke Majlis Santap Tengahari. 

Tema Sambutan HUT ABDB tahun ini “Bersama Menjayakan Wawasan Negara” merupakan penghayatan ABDB sebagai sebuah organisasi yang maju dan bersatu padu setia kepada Raja dan negara; mengamalkan nilai-nilai mulia bagi bersama-sama menjayakan ke arah pencapaian wawasan negara.