
BOLKIAH GARISSON, Thursday, 26 May 2022 –
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today officiated the opening of the new Security Education Centre (PPS) Building, Defence Security Branch, Defence Minister’s Office and Directorate of Strategic Planning, held at Bolkiah Garisson, Bandar Seri Begawan.
Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister’s Office; and His Royal Highness 920 Major Udara Prince ‘Abdul Mateen.
Upon arrival at the Ministry of Defence Building, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; and Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
Shortly after, His Majesty received the Royal Salute and inspected the Guard of Honour consisting 6 officers and 105 other rank personnel of the Second Battalion, Royal Brunei Land Force led the parade commander, Major Pengiran Abdul Hadi bin Pengiran Idris from Royal Guards Regiment.
His Majesty was later invited by Yang Mulia Brigadier General Dato Seri Pahlawan Hj Abd. Razak bin Hj Abd. Kadir, Commander of the Royal Brunei Land Forces and Director of Defence Minister’s Office and Directorate of Strategic Planning for the opening of the New PPS Building, while the Doa Selamat was recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of ABDB Religious Directorate.
After the inauguration, His Majesty proceeded to the Auditorium, where His Majesty consented to deliver a Titah. His Majesty then proceeded to the Gallery to view security exhibits, and was subsequently invited to tour the classrooms on the first floor. Thereafter, His Majesty visited the Administrative Office and PPS Instructors’ Office on the second floor. Among the facilities available at the PPS Building are a surau, canteen and a library.
His Majesty and members of the Royal Family were then invited to the VVIP Room for a Luncheon.
Before concluding the ceremony, His Majesty proceeded to sign the Royal Parchment and received a pesambah from the Defence Minister’s Office and Directorate of Strategic Planning; as well as taking group photograph with members of the Defence Security Branch, Defence Minister’s Office and Directorate of Strategic Planning.








KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT MERASMIKAN BANGUNAN BAHARU PUSAT PENDIDIKAN SEKURITI
BOLKIAH GARISON, Khamis, 26 Mei 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat merasmikan Bangunan Baharu Pusat Pendidikan Sekuriti (PPS), Cawangan Sekuriti Pertahanan, Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik. Majlis tersebut berlangsung di Bolkiah Garison, Bandar Seri Begawan.
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Bangunan Kementerian Pertahanan dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian berkenan untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 6 pegawai dan 105 anggota lain-lain peringkat dari Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei yang diketuai oleh Pemerintah Kawalan Kehormatan Mejar Pengiran Abdul Hadi bin Pengiran Idris dari Rejimen Pengawal Diraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian dijunjung oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan Pengarah Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik, bagi merasmikan Bangunan Baharu Pusat Pendidikan Sekuriti (PPS). Doa selamat kemudian dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB.
Selesai perasmian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia beredar ke Auditorium, di mana Baginda berkenan mengurniakan titah. Setelah itu, Baginda kemudian berangkat ke bilik Ruang Galeri bagi menyaksikan pameran-pameran sekuriti dan seterusnya dijunjung bagi melawat bilik-bilik kuliah di tingkat pertama. Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Pelatih PPS di tingkat dua. Antara kemudahan yang terdapat di Bangunan PPS adalah surau, kantin dan perpustakaan.
Selesai lawatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama ahli-ahli Kerabat Diraja dijunjung berangkat ke Bilik VVIP PPS bagi Majlis Santap Tengahari.
Sebelum berangkat meninggalkan Majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung menandatangani lembaran kenangan dan menerima pesambah daripada Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik; serta bergambar ramai bersama warga Cawangan Sekuriti Pertahanan, Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik.