
BOLKIAH GARISON, Monday, 23 May 2022 – Senior officials of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) gathered this morning at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies for the second series of the Civil-Military One Forum (CM1F), hosted by the Directorate of Defence Policy (DDP).
Present at the forum was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Acting Permanent Secretary of Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries as well as military and civilian directors of the Ministry of Defence and RBAF.
The forum began with an opening remark by Ampuan Yura Kasumawati Dato Paduka Hj Mohd Adnan, Acting Director of DDP followed by a presentation and an interactive dialogue facilitated by DDP. The session deliberated on the approach and the necessary work to bring forth the vision and core objectives stipulated in the Defence White Paper published in May 2021.
Launched in April 2021, the CM1F serves as a platform for senior officials from the Ministry of Defence and RBAF to both interact and hold discussions towards building solidarity in jointly addressing issues of mutual interest.


PEGAWAI KANAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MEMBINCANGKAN PELAKSANAAN STRATEGI DALAM CIVIL-MILITARY ONE FORUM YANG KEDUA
BOLKIAH GARISON, Isnin, 23 Mei 2022 – Pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah sama-sama menyertai siri Civil-Military One Forum (CM1F) yang kedua pada pagi ini yang diadakan di Institut Pengajian Pertahanan & Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan dihoskan oleh Jabatanarah Dasar Pertahanan (JDP).
Hadir ke forum tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Pengarah-Pengarah Awam and Tentera di Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Forum tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ampuan Yura Kasumawati Dato Paduka Hj Mohd Adnan, Pemangku Pengarah JDP dan diikuti dengan sesi pembentangan dan perbincangan interaktif yang disampaikan oleh JDP. Sesi tersebut membincangkan pendekatan dan kerja yang diperlukan untuk mengemukakan visi dan objektif teras yang ditetapkan dalam Kertas Putih Pertahanan terbitan bulan Mei 2021.
Dilancarkan pada April 2021, CM1F bertujuan sebagai sebuah landasan bagi pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk berinteraksi dan berbincang ke arah membina perpaduan dan semangat bersatu dalam sama-sama menangani isu-isu berkepentingan bersama.