BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 17 May 2022 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) chaired a two-day Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Workshop held virtually at SHHBIDSS’s Board Meeting Room, Bolkiah Garrison.

 

With the theme
“Addressing Climate Change Holistically: Way Forward for Defence-Focused Contribution”, the workshop was chaired by Mr. Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of SHHBIDSSS and attended by members of NADI from all ASEAN member states as well as officers from relevant directorates from the Ministry of Defence, Brunei Darussalam.

 

The workshop commenced with a welcoming remarks by the Acting Director of SHHBIDSS and followed by a Keynote Address delivered by Mr Ahmad Zaiemaddien bin Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Head of Brunei Climate Change Secretariat, Ministry of Development. 

 

It then proceeded with presentations from all ASEAN member states where presentations from SHHBIDSS on Climate Change and Challenges for Stability and
Way Forward: AMS Defence Sector Collaboration on Climate Change were delivered by Md Umair Akmal and Diana Othman.

 

The workshop exchanged views and discussed climate change challenges surrounding the regional geostrategic developments, security and stability. It also discussed on the importance for the defence sector to prioritise climate change as a critical security issue and provides recommendations as way forward for defence-focused contribution in addressing climate change. 

 

Inaugurated in 2007, NADI is a Track II platform that brings in policy analysts, academics and defence officials specialising in defence and security issues together to discuss issues related to defence and security cooperation and to develop recommendations to support the Track I platform, specifically the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM).



 


BENGKEL RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) MENGENAI
“ADDRESSING CLIMATE CHANGE HOLISTICALLY: 

WAY FORWARD FOR DEFENCE-FOCUSED CONTRIBUTION”

 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 17 Mei 2022 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah mempengerusikan bengkel dua hari Trek II Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) secara dalam talian di Bilik Mesyuarat IPPSSHHB, Bolkiah Garison.

 

Bertemakan

“Addressing Climate Change Holistically: Way Forward for Defence-Focused Contribution”
, bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah IPPSSHHB dan dihadiri oleh ahli NADI dari kesemua ahli negara ASEAN serta pegawai-pegawai dari Jabatanarah yang berkaitan di Kementerian Pertahanan.

 

Bengkel tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pemangku Pengarah IPPSSHHB dan diikuti dengan ucaptama yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Zaiemaddien bin Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Ketua Sekretariat Perubahan Iklim Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan. 

 

Ianya kemudian diteruskan dengan penyampaian kertas kerja dari kesemua ahli negara ASEAN di mana wakil dari IPPSSHHB iaitu Md Umair Akmal dan Diana Othman telah menyampaikan kertas kerja bertajuk:

Climate Change and Challenges for Stability
dan

Way Forward: AMS Defence Sector Collaboration on Climate Change.

 

Bengkel tersebut bertukar-tukar pandangan dan membincangkan cabaran perubahan iklim dalam perkembangan geostrategik, keselamatan dan kestabilan serantau. Ia turut membincangkan kepentingan sektor pertahanan dalam mengutamakan perubahan iklim sebagai isu keselamatan yang kritikal dan memberi saranan bagi hala tuju sumbangan di bidang pertahanan dalam menangani isu perubahan iklim.

 

Dirasmikan pada 2007, NADI ialah landasan Trek II di mana para penganalisa dasar, ahli akademik dan pegawai-pegawai pertahanan yang berkepakaran dalam isu-isu pertahanan dan sekuriti membincangkan isu-isu berkaitan dengan jalinan kerjasama dalam bidang pertahanan dan sekuriti bagi membuahkan cadangan dalam menyokong landasan Trek I, khususnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).