
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 12 May 2022 – A
Doa Kesyukuran was held at Surau
Ad-Difa’, Bolkiah Garrison to welcome the return of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who have been deployed for 18 months as part of the 17th International Monitoring Team, contingent of Negara Brunei Darussalam (17th IMT NBD) and Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team 3/2021 (IDB VMAT 3/2021) for 16 months in Mindanao, the Republic of the Philippines this afternoon.
Six (06) RBAF personnel and one officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF) of the 17th IMT NBD led by Lieutenant Colonel Mohd Fakaruddin Zuraidie bin Hj Ramli completed their mission and returned to Brunei Darussalam on 25 April 2022. Meanwhile, the IDB VMAT 3/2021 comprising four (04) RBAF officers led by Lieutenant Colonel Mohammad Shalleh bin Haji Ismail also completed their mission and returned on 11 April 2022.
The religious event encompassed recitations of the Holy Quran,
Dikir Marhaban,
Fardhu Asar prayers and the presentation of certificates and tokens of appreciation.
The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, who presented the certificates and tokens of appreciation. Also present were Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Commissioner of the Royal Brunei Police Force, foreign defence attachés and advisors; military and civilian officers and personnel of the Ministry of Defence and the RBAF.
Brunei Darussalam is continually committed to provide assistance and support to ensure the peace and stability of the region and beyond. Brunei Darussalam has participated in the International Monitoring Team in Mindanao since 2004 until now.

MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI KEPULANGAN PEGAWAI DAN ANGGOTA ABDB
DARI PENUGASAN
PASUKAN PEMANTAU ANTARABANGSA (IMT NBD ke-17) DAN
INDEPENDENT DECOMMISSIONING BODY VERIFICATION, MONITORING AND ASSISTANCE (IDB VMAT) 3/2021
BOLKIAH GARISON, Khamis, 12 Mei 2022 – Majlis Doa Kesyukuran bagi meraikan kepulangan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menyertai penugasan selama 18 bulan sebagai Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) ke-17, (IMT NBD ke-17) dan
Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance 3/2021 (IDB VMAT 3/2021) selama 16 bulan di Mindanao, Republik Filipina diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison petang ini.
Enam (06) anggota ABDB dan seorang (01) pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang mengikuti misi IMT NBD ke-17 diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Fakaruddin Zuraidie bin Hj Ramli telah menamatkan misi dan kembali ke tanah air pada 25 April 2022. Manakala, empat (04) pegawai ABDB daripada IDB VMAT 3/2021 diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Shalleh bin Haji Ismail telah menamatkan misi dan kembali ke tanah air pada pada 11 April 2022.
Majlis keugamaan tersebut diisikan antaranya dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan Dikir Marhaban, Sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan juga penyampaian sijil-sijil penghargaan dan cenderahati.
Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua yang juga menyempurnakan penyampaian sijil-sijil dan cenderahati. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Penasihat dan Atase Pertahanan Luar Negara dan pegawai-pegawai tentera dan awam serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Negara Brunei Darussalam memberikan komitmen berterusan dengan memberikan bantuan dan sokongan bagi memastikan keamanan dan kestabilan rantau dan juga sejagat. Negara Brunei Darussalam menyertai Pasukan Pemantauan Antarabangsa di Kepulauan Mindanao bermula tahun 2004 hingga sekarang.