
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 28 April 2022 – Religious activities at the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), including the daily recitation of the Al-Qur’an, continue to enliven the month of Ramadan in reaping the blessings of this holy month.
Today, the civilian and military female officers and personnel of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) took the opportunity to organise a Tadarus and Khatam Al-Quran ceremony at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
Present as Guest of Honour was Colonel Norsuriati Binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General’s Office (JAG). Also present to enliven the ceremony were senior officers, officers, and personnel of the Ministry of Defence and the RBAF.
The ceremony commenced with a mass recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatifah, Al-Quran verses, Takhtim, Doa Khatam and concluded with Dikir Marhaban.
This annual activity aims to strengthen communal bonds among the female civilian and military personnel as well as to instil the spirit of reciting the Al-Quran, especially during this glorified month of Ramadhan.




KAKITANGAN AWAM WANITA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ASKAR WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) MENGADAKAN MAJLIS PENUTUP TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 28 April 2022 – Aktiviti keagamaan di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk bacaan Al-Qur’an setiap hari, terus mengimarahkan bulan Ramadan bagi meraih keberkatan bulan mulia ini.
Pada hari ini, pegawai dan anggota wanita awam dan tentera Kementerian Pertahanan dan ABDB mengambil kesempatan untuk menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Qur’an di Surau Ad- Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Kolonel Norsuriati Binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera ABDB. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran ini dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan surah-surah Al-Quran, Takhtim, Doa Khatam serta diakhiri dengan Dikir Marhaban.
Aktiviti tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan awam dan anggota tentera wanita serta menyemai semangat membaca Al-Qur’an khususnya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.