MUARA, Monday, 25 April 2022 – HMS SPEY, an offshore patrol vessel of the United Kingdom’s Royal Navy (RN), made a transit in Brunei Darussalam from 24th to 25th April 2022 for a logistic visit. Following this visit, the KDB DARULEHSAN of the Royal Brunei Navy (RBN) and HMS SPEY of RN took the opportunity to conduct a Passage Exercise (PASSEX) successfully. 


During the PASSEX, both RBN and RN ships conducted a series of communications and manoeuvring exercises which concluded with a sail pass. These activities allow all officers and crew from both navies to practice and improve their drills and strengthen interoperability between RBN and RN. Both ship captains expressed gratitude and fulfilment with the exercises and looked forward to more opportunities to strengthen naval ties in the future. 


This interactions series represents the warm and friendly defence and security relations based on historical and traditional links between the United Kingdom and Brunei Darussalam. It also shows the resilience of both navies in upholding the momentum of cooperation in the current COVID-19 situation. The RBN reciprocates the commitment to strengthen its historic bilateral relations with RN, enhancing interoperability towards the goal of cooperation at sea and wishes HMS SPEY a safe journey to their next port of call.






LAWATAN LOGISTIK DARI HMS SPEY TENTERA LAUT DIRAJA BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 


MUARA,Isnin, 25 April 2022 – HMS SPEY, kapal peronda dari Tentera Laut Diraja British (TLD) telah membuat persinggahan ke Brunei Darussalam dari 24 hingga 25 April 2022 bagi lawatan logistik. Seiring dengan lawatan tersebut, KDB DARULEHSAN Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan HMS SPEY TLD mengambil kesempatan untuk melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) dengan jayanya.


Semasa PASSEX, kedua-dua tentera laut telah menjalankan beberapa siri komunikasi dan latihan manoeuvre yang diakhiri dengan Sail Pass. Ini telah memberi peluang kepada semua pegawai dan anak kapal dari kedua-dua tentera laut untuk berlatih dan meningkatkan keupayaan mereka serta meningkatkan lagi interoperabiliti di antara TLDB dan TLD. Kedua-dua Pegawai Pemerintah Kapal melahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan latihan tersebut dan mengharapkan lebih banyak peluang untuk mengeratkan lagi hubungan tentera laut pada masa hadapan.


Siri interaksi ini melambangkan hubungan pertahanan dan keselamatan yang mesra dan berkekalan berasaskan pautan sejarah dan tradisi antara United Kingdom dan Negara Brunei Darussalam. Ianya juga merupakan kedayatahanan kedua-dua tentera laut dalam mempertahankan momentum kerjasama di dalam situasi semasa COVID-19. TLDB turut menimbal balik komitmen dalam mengukuhkan hubungan dua hala yang bersejarah dengan TLD, meningkatkan tahap interoperabiliti ke arah matlamat kerjasama di laut serta mendoakan perjalanan yang lancar bagi HMS SPEY ke pelabuhan seterusnya.