
BOLKIAH GARRISON, Monday, 25 April 2022 – The Ministry of Defence presented donations to orphans from families of officers and staffs of the Ministry as well as charitable aid recipients at Surau Ad Difa’, Bolkiah Garrison.
The donations were presented by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. Also present were the Acting Permanent Secretary; Deputy Permanent Secretaries as well as officers and staffs of the Ministry of Defence.
The event began with the recitation of Zikir, Surah Yaasin and Tahlil led by Imam Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Surau Ad-Difa’ and concluded with the distribution of donations to a total of 74 orphans (35 male and 39 female) from families of officers and staff of the Ministry of Defence, as well as to 18 charitable aid recipients.
The annual charity event organised during the holy month of Ramadhan aims to ease the financial burdens of the recipients and help prepare for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebration.




PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN PENERIMA BANTUAN EHSAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Isnin, 25 April 2022 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim daripada keluarga dan kakitangan Kementerian serta menghulurkan bantuan ehsan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir menyempurnakan majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Juga hadir sama, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Zikir dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil secara beramai-ramai yang diketuai oleh Imam Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa’ dan diakhiri dengan penyampaian derma kepada 74 orang anak yatim (35 lelaki dan 39 perempuan) berserta dengan 18 orang penerima bantuan ehsan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis berkebajikan ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan dengan hasrat untuk meringankan beban perbelanjaan penerima-penerima dan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.