
LUMUT, Thursday, 21 April 2022 – In conjunction with the Nuzul Al-Qur’an 1443H and as part of its Ihya Ramadhan and Outreach programme, the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a special religious talk titled “Companionship with Al-Qur’an Throughout the Ages”
at all Ministry of Defence and RBAF
surau including Masjid Pulau Baru-Baru, with the focal event at
Surau Ar-Rahmah,
Lumut Camp. Meanwhile female civilian staff and military personnel attended a similar event at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; senior leadership, officers and personnel of the Ministry of Defence and the RBAF.
The event commenced with the recitation of verses from the Al-Qur’an, a special religious talk delivered by Ustaz Awang Mohd Hilmi bin Yakop, Mosque Affairs Officer from Kampong Sungai Teraban Mosque, followed by
iftar and concluded with
Fardhu Maghrib congregation prayers.
The delegation then proceeded to Masjid Kampong Sungai Liang for
Fardhu Isya’ congregation prayers,
Sunnat Tarawih and
Witir prayers, a
Tadarus Al-Qur’an and concluded with the presentation of donations, copies of the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Qur’an and a hearse to the Mosque Committee from the Ministry of Defence and the RBAF.
Prior to the Nuzul Al Quran event, the delegation then performed
Fardhu Asar congregation prayers at
Masjid Pekan Seria, followed by a
Tadarus
Al-Qur’an, followed by
Doa Peliharakan Sultan and presentation of
infaq (donations) inclusive of the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Qur’an to the Mosque Committee.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Menteri Pertahanan Kedua telah menyampaikan sumbangan daripada
Kementerian Pertahanan dan ABDB yang berupa kenderaan jenazah
kepada Jawatankuasa Takmir Masjid
bertempat di Masjid Kg Sungai Liang, Kuala Belait

Masjid Pekan Seria

Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN 1443H DAN PROGRAM IHYA DAN JANGKAUAN RAMADHAN DI DAERAH KUALA BELAIT
LUMUT, Khamis, 21 April 2022 – Bersempena dengan Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an 1443H dan sebagai sebahagian dari Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadhan, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan ceramah khas bertajuk ‘Bertemankan Al-Qur’an Sepanjang Zaman’ di semua surau di Kementerian Pertahanan dan perkhemahan ABDB termasuk Masjid Kampung Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut. Manakala, kakitangan awam wanita dan anggota Askar Wanita turut mengadakan majlis yang serupa di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, peringkat kepimpinan, pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan ceramah khas yang telah disampaikan oleh Ustaz Awang Mohd Hilmi bin Yakop, Pegawai Hal-Ehwal Masjid, Masjid Kampong Sungai Teraban, diikuti dengan majlis berbuka puasa dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.
Rombongan tersebut kemudian bertolak ke Masjid Kampong Sungai Liang bagi menunaikan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Sunat Tarawih dan Witir, bacaan Tadarus Al-Qur’an dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan-sumbangan daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB yang berupa sumbangan derma, Mushaf Al-Qur’an ABDB dan kenderaan jenazah kepada Jawatankuasa Takmir Masjid.
Sebelum itu, pada hari yg sama, rombongan turut menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah di Masjid Pekan Seria, diikuti dengan bacaan Tadarus Al-Qur’an, Doa Peliharakan Sultan serta penyampaian infaq termasuk Mushaf Al-Qur’an Jubli Intan ABDB kepada Jawatankuasa Takmir Masjid.