DAERAH TUTONG, Wednesday, 20 April 2022 - The Ministry of Defence continues its Ihya Ramadhan and Outreach Programme at Masjid Ar-Rahim, Kg Bukit Panggal, Tutong District.


The event was organised by the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) aims to strengthen the bond within village community as well as to collectively reap the benefits of the holy month of Ramadhan. The event began with Fardhu Asar Prayers, the recitation of
Tadarus Al-Quran and concluded with the presentation of
infaq (donations) including the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Quran to the mosque committee. 


At Surau Al Hikmah, Penanjong Garrison, the delegation from the Ministry of Defence continued with the recitation of
Surah Yasin and
Tahlil,
Fardhu Maghrib Congregation Prayer with former Commandants of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) and former Commanding Officers from TI RBAF and concluded with a dinner with invited guests. The programme concluded with
Fardhu Isya Prayer,
Sunnat Tarawih and
Witir prayers and the recitation of
Tadarus Al-Quran at Surau Asy-Syuja’ah, Special Forces Regiment (SFR), Penanjong Garrison. 


Also present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander, senior leadership as well as officers and personnel from the Ministry of Defence and the RBAF.



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENERUSKAN PROGRAM IHYA DAN JANGKAUAN RAMADHAN

 


DAERAH TUTONG, Rabu, 20 April 2022 - Kementerian Pertahanan meneruskan Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan yang diadakan di Masjid Ar-Rahim, Kg Bukit Panggal, Tutong.


Majlis yang dianjurkan oleh Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat, di samping meraih manfaat dan pahala yang berlipat ganda di bulan suci Ramadhan yang agung ini. Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan seterusnya bacaan Tadarus Al-Qur’an dan diakhiri dengan penyampaian infaq termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid.


Rombongan Kementerian Pertahanan meneruskan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta berbuka puasa dan seterusnya Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison bersama Mantan-Mantan Komandan dan Mantan-Mantan Pegawai-Pegawai Pemerintah Institut Latihan ABDB, disudahi dengan jamuan malam bersama para jemputan. Ihya Ramadhan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya, Sunat tawarih dan Witir secara berjemaah serta bacaan Tadarus Al-Qur’an di Surau Asy-Syuja’ah, Rejimen Pasukan Khas (RPK), Penanjong Garison.


Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, kepimpinan, pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.