DAERAH TUTONG, Thursday, 14 April 2022 – The Ministry of Defence continues its Ihya Ramadhan and Outreach Programme at Masjid Pengiran Anak Haji Mohammad Alam, Kampung Sengkarai and Masjid Kampung Penanjong, Tutong District.


The delegation also attended a
sungkai event and performed the
Fardhu Maghrib prayers at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp on the same day. The event concluded with a dinner with former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF). 


At Masjid Pengiran Anak Haji Mohammad Alam and Masjid Kampung Penanjong, the delegation performed
Fardhu prayers,
Tadarus Al-Quran and presented
infaq donations including the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Quran to the Mosque Committee and people in need.


The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander RBAF; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; senior leadership, officers and personnel from the Ministry of Defence and the RBAF.


The event was jointly organised by the Joint Force Headquarters RBAF (JFHQ) and the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) as part of a series of religious activities under the Ministry of Defence
Ihya Ramadhan and Outreach Programme aimed at strengthening the bond with the rural community, and to collectively reap the benefits of the holy month of Ramadhan.


Masjid Pengiran Anak Haji Mohammad Alam, Kampung Sengkarai, Daerah Tutong


Masjid Kampung Penanjong, Daerah Tutong




KEMENTERIAN PERTAHANAN MENERUSKAN PROGRAM IHYA DAN JANGKAUAN RAMADHAN DI DAERAH TUTONG



DAERAH TUTONG, Khamis, 14 April 2022 – Kementerian Pertahanan meneruskan Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan yang diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammad Alam, Kampung Sengkarai dan Masjid Kampung Penanjong, Daerah Tutong.


Pada hari yang sama, rombongan Kementerian Pertahanan telah menghadiri majlis bersungkai dan menunaikan Sembahyang Fardhu Magrib di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong, yang disudahi dengan majlis makan malam bersama Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB).


Di kedua-dua masjid berkenaan, rombongan telah menunaikan sembahyang fardhu berjemaah, membaca Tadarus Al-Quran diikuti dengan penyampaian infak termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid dan golongan-golongan yang tertentu.


Turut hadir, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 


Majlis yang dianjurkan bersama oleh Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB) dan Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) adalah sebahagian daripada siri aktiviti-aktiviti keugamaan di bawah program Ihya dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat, di samping meraih manfaat dan pahala yang berlipat ganda di bulan suci Ramadhan.