KAMPUNG PUNI, Saturday, 09 April 2022 - The ongoing annual Ministry of Defence
Ihya Ramadhan and
Outreach Programme was held at Masjid Kampung Puni, Temburong District today.


The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; senior leadership, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF as part of the delegation. Also invited were the
penghulus and village heads of the nearby mukim and villages.


The event jointly organised by the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) is part of a series of religious activities under the Ministry of Defence
Ihya Ramadhan and Outreach Programme aimed at strengthening the bond with the rural community, and to collectively reap the benefits of the holy month of Ramadhan.


At Masjid Kampung Puni, the event began with
Fardhu Isya prayers, and Sunat Tarawih and
Witir prayers. The event was followed by a
Tadarus Al-Quran and concluded with the presentation of
infaq (donations) including the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Quran and donations to the Mosque Committee. 


Prior to that, the delegation held two religious events at Masjid Kampung Pintu Malim and Surau Al-Quwwah, Bangar Camp on the same day. The stopover at Masjid Kampung Pintu Malim began with
Fardhu Asar prayers,
Tadarus Al-Quran, and a presentation of the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Qur’an to the Mosque Committee. At Surau Al-Quwwah, Bangar Camp, the delegation held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil, breaking of fast and Fardhu Maghrib prayers with the
mukim penghulus and village heads from the Temburong District and concluded with a dinner with the invited guests.


 



Masjid Kampung Pintu Malim



Masjid Kampung Pintu Malim



Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar





Masjid Kampung Puni, Daerah Temburong



Masjid Kampung Puni, Daerah Temburong



Masjid Kampung Puni, Daerah Temburong




KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN KEGIATAN PENGIMARAHAN MASJID DI BAWAH PROGRAM IHYA RAMADHAN DI DAERAH TEMBURONG



KAMPUNG PUNI, Sabtu, 09 April 2022 – Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan yang sedang giat berlangsung telah diadakan di Masjid Kampung Puni, Daerah Temburong.


Turut hadir menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; peringkat kepimpinan serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Turut dijemput hadir ialah penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung yang berdekatan.


Majlis yang dianjurkan bersama oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) adalah sebahagian daripada siri aktiviti-aktiviti keugamaan di bawah program Ihya dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat, di samping meraih manfaat dan pahala yang berlipat ganda di bulan suci Ramadhan.


Di Masjid Kampung Puni, majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan diakhiri dengan penyampaian infaq termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid. 


Sebelum itu, pada hari yang sama, rombongan Kementerian Pertahanan telah membuat dua persinggahan iaitu di Masjid Kampung Pintu Malim dan Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar. Di Masjid Kampung Pintu Malim, persinggahan dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Qur’an serta penyampaian Mushaf Al-Qur’an Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid. Di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar, rombongan meneruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta berbuka puasa dan seterusnya Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah bersama penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari Daerah Temburong, disudahi dengan jamuan malam bersama para jemputan.