BOLKIAH GARRISON, Saturday, 02 April 2022 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) commenced a
Tadarus Al-Qur’an function in the month of Ramadhan 1443H with the focal event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison to mark the beginning of the holy month. The function also signifies the start of the annual Ministry of Defence Ihya Ramadhan and Ramadhan Outreach programme this year.

The function was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; senior leadership; as well as officers and personnel from MINDEF and the RBAF.

The function began with
Fardhu Isya prayers,
Sunat Tarawih and
Witir prayers, followed by a tazkirah. The
Tadarus Al-Quran continued with the recitation of
Surah Al-Fatihah led by Yang Berhormat Minister of Defence II. 

Similar religious functions also took place at all RBAF suraus and Masjid Pulau Baru-Baru. Reciting the Al-Qur’an especially in the month of Ramadhan has many benefits. According to a narrated Hadith from the Prophet Muhammad
, whoever recites a letter from the Al-Qur’an gets a ten-fold reward. In addition to reaping the benefits and blessings of the holy month of Ramadhan, the function hopes to further encourage officers and staff of MINDEF and RBAF towards
Fastabiqul Khairat (strive as in a race in doing good deeds). 


Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB Muara



Surau Al-Barakah, Pangkalan TUDB Rimba

Surau Asy-Syuhada, Akademi Pertahanan ABDB


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MEMULAKAN 

TADARUS AL-QUR’AN BERSEMPENA BULAN RAMADHAN 1443H


BOLKIAH GARISON, Sabtu, 02 April 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Qur’an di bulan Ramadhan dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison sempena tibanya bulan suci Ramadhan 1443H. Majlis ini juga menandakan bermulanya Program Tahunan Ihya Ramadhan dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan pada tahun ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; peringkat kepimpinan; warga Kementerian Pertahanan serta pegawai dan anggota ABDB.

Majlis ini didahului dengan sembahyang Fardhu Isyak, sembahyang Sunat Tarawih dan Witir berjemaah dan tazkirah. Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua.

Majlis yang serupa turut diadakan di kesemua surau ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. Membaca atau Tadarus Al-Qur’an khususnya di bulan Ramadhan, mempunyai banyak kelebihan. Dalam satu Hadith, Nabi Muhammad
bersabda bahawa membaca satu huruf daripada Al-Qur’an akan membawa sepuluh kali kebaikan. Di samping meraih keberkatan di bulan suci Ramadhan, majlis seperti ini antara lain juga diharapkan akan dapat menggalakkan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB ke arah
Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba ke arah kebaikan).