
TANAH JAMBU, Friday, 01 April 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force’s (RBLF) Diamond Jubilee and as part of its Community Outreach Project, a handing over ceremony was held today to signify the completion of a Titian Amal Rehabilitation Project for the repair works of the roofs and ceilings of Kampong Tanah Jambu Mosque, Brunei Muara.
Present at the ceremony was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of the RBLF. Also in attendance were Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Patron of Kampong Tanah Jambu Mosque Takmir Committee, Yang Dimuliakan Pehin Datu Panglima Colonel (Retired) Dato Paduka Awang Haji Jalil bin Haji Ahmad, Advisor of Kampong Tanah Jambu Mosque Takmir Committee, officers of the RBLF and Kampong Tanah Jambu Mosque Takmir Committee members.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the official handing over of the project to mark its completion. The handing over of a plaque was presented by the Deputy Commander of the RBLF to the Head Imam and Mosque Officer of Kampong Tanah Jambu Mosque. The ceremony was then followed by the presentation of a token of appreciation from Kampong Tanah Jambu Mosque Takmir Committee to RBLF. The ceremony concluded with the presentation of
Waqaf to the Kampong Tanah Jambu Mosque,
Doa Penutup and a group photo.
Commenced on 07 March 2022, the project focused on repairing the roofs and ceilings of the Kampong Tanah Jambu Mosque. While this particular project was led by the Assault Pioneer Platoon of First Battalion, RBLF, the villagers and Kampong Tanah Jambu Mosque Takmir Committee financially supported the construction materials.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL DI MASJID KAMPONG TANAH JAMBU
TANAH JAMBU, Jumaat, 1 April 2022 – Sempena Sambutan Jubli Intan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan sebagai sebahagian daripada projek kemasyarakatan, majlis penyerahan telah dilaksanakan bagi menandakan selesainya Projek Titian Amal Kerja Pembaikan Atap dan Bumbung Masjid Kampong Tanah Jambu, Daerah Brunei Muara.
Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Penaung Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu, Yang Dimuliakan Pehin Datu Panglima Kolonel (Bersara) Dato Paduka Awang Abdul Jalil bin Haji Ahmad, Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai TDDB dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah lalu diikuti dengan penyerahan rasmi bagi menandakan selesainya projek tersebut. Penyerahan plak disampaikan oleh Timbalan Pemerintah TDDB kepada Ketua Imam dan Pegawai Masjid Kampong Tanah Jambu dan diteruskan dengan penyampaian tanda penghargaan daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu kepada TDDB. Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan wakaf kepada Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu, Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.
Bermula pada 07 Mac 2022, projek tersebut memberikan tumpuan kepada pembaikan atap dan bumbung Masjid Kampong Tanah Jambu yang diketuai oleh Platun Rintis Serang, Batalion Pertama TDDB. Manakala, bahan binaan adalah merupakan hasil daripada kutipan penduduk kampong dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu.