REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 1 April 2022 – The Commander of Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, made an introductory visit to the Republic of Singapore from 30 March to 1 April 2022.



The introductory visit began at Changi Naval Base where Commander RBN paid a courtesy call to Rear Admiral Aaron Beng, Chief of Navy, Republic of Singapore Navy (RSN), before continuing with a visit
to the Maritime Security Response Vessel led by Rear Admiral Yong Wei Hsiung, Commander of Maritime Security Command, RSN.



The following day, upon his arrival at the Ministry of Defence, Republic of Singapore, Commander RBN was again welcomed by Rear Admiral Aaron Beng and inspected a Guard of Honour presented by Singapore Armed Forces (SAF) personnel.



Following the inspection, Commander RBN paid courtesy calls on His Excellency Dr. Ng Eng Hen, Singapore’s Minister for Defence and Lieutenant-General Melvyn Ong, the Chief of Defence Force at the Ministry of Defence. During the calls, both forces lauded the over 40-year-old special friendship and praised their nations’ long-standing bilateral defence cooperation, despite the emergence of challenges posed by the global COVID-19 pandemic.



The Commander RBN’s introductory visit to Singapore demonstrates the RBN’s unwavering commitment to enhancing defence cooperation with the RSN. The involvement of officers and sailors reaffirms the two navy’s close ties across the spectrum of leadership, which are bolstered by regular exchanges of visits, frequent interactions, professional exchanges, bilateral and multilateral exercises, training, and courses.














LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TLDB KE REPUBLIK SINGAPURA




REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 1 April 2022 - Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji telah mengadakan lawatan pengenalan ke Republik Singapura pada 30 Mac hingga 1 April 2022.



Pemerintah TLDB memulakan lawatan pengenalan di
Changi Naval Base dan membuat kunjungan hormat kepada Laksamana Muda Aaron Beng, Panglima Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) sebelum menyambung lawatan ke
Maritime Security Response Vessel yang diketuai oleh Laksamana Muda Yong Wei Hsiung,
Commander of
Maritime Security Command, TLRS. 



Keesokan harinya, Pemerintah TLDB disambut lagi oleh Laksamana Muda Aaron Beng sebaik tiba di Kementerian Pertahanan, Republik Singapura, dan memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota Angkatan Bersenjata Republik Singapura.



Sejurus selepas pemeriksaan barisan, Pemerintah TLDB mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura dan Leftenan Jeneral Melvyn Ong, Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura di Kementerian Pertahanan. Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak menghargai persahabatan istimewa kedua-kedua angkatan tentera yang telah berusia lebih 40 tahun dan menyanjung kerjasama pertahanan dua hala yang telah lama terjalin, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran yang lahir dari pandemik global COVID-19.



Lawatan pengenalan Pemerintah TLDB ke Singapura menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi TLDB untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dengan TLRS. Penglibatan para pegawai dan lain-lain peringkat mengukuhkan lagi hubungan rapat kedua-dua tentera laut dalam pelbagai lapisan kepimpinan, yang dipertingkatkan melalui kunjungan rasmi, kekerapan interaksi, pertukaran profesional, eksesais dua hala dan pelbagai hala, latihan serta kursus.