TANAH JAMBU, Tuesday, 22 March 2022 – The Brunei Vision 2035 Awareness Forum titled ‘Socialisation of the Defence White Paper 2021’ was held at the Auditorium, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) today in conjunction with Brunei Darussalam’s 38th National Day celebrations.


Present at the forum was Brigadier General (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander as the Guest of Honour and Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy) of the Ministry of Defence as a special guest. Also present were military and civilian officers from the Ministry of Defence and the RBAF.


The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, read by Abdul Nasir Saufi bin Hassan, DA RBAF Religious Teacher, followed by remarks from Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of DA RBAF.


The forum then kick-starts with presentations on the ‘Overview of past Defence White Paper’ and ‘Defence White Paper 2021’ presented by officers from the Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence and followed by a panel session centred on three themes ‘Understanding national, regional and international strategic environment’, ‘Promoting accountability as well as underscoring RBAF roles and tasks’ and ‘Translating Defence White Paper strategy into Concept of Operations and Capability Development’ where panel members gave their respective perspectives from the policy, doctrine and education angles. 


The forum, organised by the DA RBAF in collaboration with the Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence and the Joint Doctrine and Warfare Centre of Joint Force Headquarters RBAF, aims to enhance understanding and awareness among civilian and military officers from the Ministry of Defence and the RBAF at the middle management level on their respective roles and responsibilities in realising the Brunei Vision 2035 framework based on the 2021 Defence White Paper.


Aside from enlivening the 38th National Day celebration, the forum’s objective is also to explain the vision, mission and role of the Ministry of Defence and the RBAF in supporting the implementation of Brunei Vision 2035, as well as to provide a platform for dialogue and exchange of views between panel members and forum participants.






FORUM KESEDARAN WAWASAN BRUNEI 2035: PEMBERIGAAN KERTAS PUTIH PERTAHANAN 2021


TANAH JAMBU, Selasa, 22 Mac 2022 – Forum Kesedaran Wawasan Brunei 2035 bertajuk Pemberigaan Kertas Putih Pertahanan 2021 telah berlangsung di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) pada hari ini bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38.


Hadir pada forum tersebut ialah Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Strategi) Kementerian Pertahanan selaku Jemputan Khas dan Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah pegawai-pegawai tentera dan awam daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Abdul Nasir Saufi bin Hassan, Guru Ugama Terlatih, AP ABDB dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan AP ABDB.


Sesi forum tersebut kemudian dimulakan dengan pembentangan mengenai ‘Overview of Past Defence White Paper’ dan ‘Defence White Paper 2021’ yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan dan diikuti dengan sesi panel yang mengetengahkan tiga tema iaitu ‘Understanding national, regional and international strategic environment’, ‘Promoting accountability as well as underscoring RBAF roles and tasks’ dan ‘Translating Defence White Paper strategy into concept of operations and capability development’, di mana seramai tiga ahli panel telah mengongsikan perspektif masing-masing dari sudut dasar, doktrin dan pendidikan. 


Forum yang dianjurkan oleh AP ABDB dengan kerjasama Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan dan Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama, Markas Angkatan Bersama ABDB adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran di kalangan pegawai-pegawai awam dan tentera daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB di peringkat pengurusan pertengahan terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 berdasarkan Kertas Putih Pertahanan 2021.


Selain menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-38, objektif bagi forum ini juga adalah untuk menjelaskan visi, misi dan peranan Kementerian Pertahanan dan ABDB dalam mendukung usaha-usaha pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 serta menyediakan platform bagi dialog dan pertukaran pandangan antara ahli panel dan peserta forum.