MUARA, Wednesday, 16 March 2022
– HMS TAMAR of the United Kingdom’s Royal Navy (RN) made a transit in Brunei Darussalam from 14th to 15th March 2022 for a logistic visit. Following this visit, the Royal Brunei Navy (RBN) and RN, KDB DARULEHSAN and HMS TAMAR have also successfully conducted a Passage Exercise (PASSEX) on 15th March 2022 as HMS TAMAR departs Brunei Darussalam.
 
Before PASSEX, both RN and RBN took the opportunity to further deepen their bilateral defence relations through contactless virtual interactions and a virtual courtesy call by Lieutenant Commander Matt Millyard, RN, Acting Commanding Officer of HMS TAMAR, to Commander Mohammad Azrin bin Hj Mahmud, Fleet Chief of Staff, RBN. During the PASSEX, both ships conducted a series of communications and manoeuvring exercises, concluding with a sail pass. These activities allow all officers and crew from both navies to practice and improve their drills and strengthen interoperability between RN and RBN. Both expressed gratitude and fulfilment with the exercises and looked forward to more opportunities to enhance naval ties.
  
This interaction series represents the warm and friendly defence and security relations based on historical and traditional links between the United Kingdom and Brunei Darussalam. It also shows the resilience of both navies in upholding the momentum of cooperation in the current COVID-19 situation. The RBN reciprocates the commitment to strengthen its historic bilateral relations with RN, enhancing interoperability towards the goal of cooperation at sea and wishes HMS TAMAR a smooth journey to their next port of call.





  
LAWATAN LOGISTIK DARI HMS TAMAR TENTERA LAUT DIRAJA BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
MUARA, Rabu, 16 Mac 2022 – HMS TAMAR dari Tentera Laut Diraja British telah membuat persinggahan ke Negara Brunei Darussalam dari 14 Mac hingga 15 Mac 2022 bagi lawatan logistik. Seiring dengan lawatan tersebut, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja British juga telah berjaya melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) di antara KDB DARULEHSAN dan HMS TAMAR pada 15 Mac 2022 saat berlepas dari Negara Brunei Darussalam.
 
Sebelum perlaksanaan PASSEX, kedua-dua tentera laut berpeluang untuk memperdalamkan lagi hubungan pertahanan dua-hala melalui interaksi contactless secara dalam talian dan kunjungan hormat secara dalam talian dari Lieutenant Commander Matt Millyard, TLD, Pemangku Pegawai Pemerintah HMS TAMAR kepada Komander Mohammad Azrin bin Hj Mahmud, Ketua Staf Armada TLDB. Semasa PASSEX, kedua-dua kapal juga menjalankan beberapa siri komunikasi dan latihan manoeuvre yang diakhiri dengan Sail Pass. Ini telah memberi peluang kepada semua pegawai dan anak kapal dari kedua-dua tentera laut untuk berlatih dan meningkatkan keupayaan mereka serta meningkatkan lagi interoperability antara TLDB dan TLD. Kedua-duanya melahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan latihan tersebut dan mengharapkan lebih banyak peluang untuk memperkukuhkan lagi hubungan tentera laut.
 
Siri interaksi ini melambangkan hubungan keselamatan dan pertahanan yang mesra dan berkekalan berasaskan pautan sejarah dan tradisi antara United Kingdom dan Negara Brunei Darussalam. Ia juga melambangkan kedayatahanan kedua-dua tentera laut dalam mempertahankan momentum kerjasama di dalam situasi semasa COVID-19. TLDB turut menimbal balik komitmen dalam mengukuhkan hubungan bersejarah dua-hala dengan Tentera Laut Diraja British, meningkatkan tahap interoperabiliti ke arah matlamat kerjasama di laut serta mendoakan kelancaran perjalanan bagi HMS TAMAR ke pelabuhan seterusnya.