
Bulan Sya’ban adalah salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan kerana dalam bulan ini terdapat satu malam yang dikenali sebagai Nisfu Sya’ban. Malam Nisfu Sya’ban merupakan salah satu malam yang penuh berkat, rahmat dan doa dimakbulkan.
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.