
BERAKAS GARRISON, Friday, 11 March 2022 – A handover ceremony for the Chairman of the Board of Directors for Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA DTB) between Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, former Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and
Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the newly appointed Commander of the RBAF, was held both physically and virtually at the Royal Brunei Land Force Headquarters.
In his speech, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah expressed his confidence in the leadership of the present RBAF Commander to continue building upon KOWIRA’s success and expand its business towards a more stable and competitive business. During his tenure, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah has witnessed the positive development of KOWIRA in diversifying its products and services, ensuring its sustainability as well as updating its accounting report based on Brunei Darussalam Accounting Standards.
He further expressed his gratitude towards KOWIRA board
members and staff and hope they will continue to endure and strive for excellent performance, achievement and professionalism.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KOWIRA
BERAKAS GARISON, Jumaat, 11 Mac 2022 – Majlis penyerahan tugas jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA DTB), di antara Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, mantan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan
Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB telah berlangsung secara fizikal dan dalam talian di Markas Tentera Darat Diraja Brunei.
Dalam ucapan Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah, beliau menyatakan kepercayaannya dengan pucuk pimpinan Pemerintah ABDB yang terkini untuk terus membina kejayaan KOWIRA dan mengembangkan perniagaannya ke arah yang lebih mantap dan berdaya saing. Selama memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah telah menyaksikan perkembangan yang positif dalam mempelbagaikan produk dan perkhidmatannya, memastikan kemampanannya
antaranya dengan mengemaskini laporan perakaunan
selaras dengan Piawaian Akauntan Negara Brunei Darussalam.
Beliau turut merakamkan penghargaannya kepada
ahli-ahli lembaga dan kakitangan KOWIRA, serta berharap mereka akan terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan, pencapaian dan profesionalisme.