
TUTONG, Friday, 25 February 2022 – In conjunction with the Diamond Jubilee of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and as part of its Community Outreach Project, the RBAF held a handing over ceremony to signify the completion of its Titian Amal Project for the construction of a new room to perform funeral rites as well as renovation works at Balai Ibadat Hajah Aminah, Kampong Long Mayan, Tutong today.
Present at the ceremony was the Commander of the RBAF, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, who officially handed over the room mock key to the Acting Village Head of Kampong Long Mayan, Awang Muhammad Eddy Sufian bin Abdullah, signifying the completion of the project.
The project focused on constructing a new room for funeral rites and the renovation of the Balai Ibadat infrastructure, including the construction of a kitchen and multipurpose hall.
This project involved military personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and residents of Kampong Long Mayan. The Titian Amal is an annual project carried out in conjunction with the RBAF
anniversary’s community outreach program.




MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL BAGI PEMBINAAN BILIK PENYEMPURNAAN JENAZAH DI BALAI IBADAT HAJAH AMINAH, KAMPONG LONG MAYAN, DAERAH TUTONG
TUTONG, Jumaat, 25 Februari 2022 – Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan sebagai sebahagian daripada projek kemasyarakatan, ABDB telah mengadakan majlis penyerahan bagi menandakan selesainya Projek Titian Amal Pembinaan Bilik Penyempurnaan Jenazah serta pengubahsuaian Balai Ibadat Hajah Aminah, Kampong Long Mayan, Daerah Tutong pada hari ini.
Hadir di majlis tersebut ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, yang juga menyempurnakan secara rasmi penyerahan anak kunci kepada Pemangku Ketua Kampong Long Mayan, Awang Muhammad Eddy Sufian bin Abdullah, menandakan selesainya projek tersebut.
Projek tersebut memberi tumpuan kepada pembinaan bilik menyempurnakan jenazah yang baru dan pengubahsuaian prasarana Balai Ibadat Hajah Aminah termasuk pembinaan ruang dapur dan dewan serbaguna.
Projek Titian Amal ini melibatkan anggota-anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan penduduk kampong Long Mayan. Titian Amal adalah merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersempena dengan program kemasyrakatan HUT ABDB.