
BOLKIAH GARRISON, TUESDAY, 22 February 2022
– Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), held a farewell video call virtually with Brunei Darussalam’s Defence Attachés/Defence Advisers abroad as well as RBAF personnel who are currently on their operational tours abroad in the Philippines and Lebanon, at the Joint Force Headquarters (JFHQ) Conference Room, Ministry of Defence.
In the first session, the Commander of RBAF interacted with Brunei Darussalam’s Defence Attachés/Defence Advisors in Australia, The People’s Republic of China, Republic of Indonesia, Malaysia, Republic of the Philippines, Republic of Singapore, Kingdom of Thailand, United Kingdom, United States of America and The Socialist Republic of Vietnam. This was followed by a second session where the Commander of RBAF then interacted with Brunei Heads of contingent from the International Monitoring Team in Mindanao (IMT-17), the Malaysian Battalion 850-9 United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) and the
Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team in Mindanao (IDB).
During both calls, the Commander of RBAF took the opportunity to bid farewell and to thank everyone for their commitment and sacrifices. He reminded the importance of defence diplomacy to remain vigilant and focused on their duties and missions. He then emphasised the importance of upholding the values of
Melayu Islam Beraja in their daily lives as citizens of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, to always maintain a high level of discipline as representatives of Brunei Darussalam regionally and internationally as well as to seek Allah the Almighty’s protection and blessings.



PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN PANGGILAN VIDEO PERPISAHAN SECARADALAM TALIAN BERSAMA PENASIHAT PERTAHANAN BRUNEI ATASEPENASIHAT PERTAHANAN DAN KONTINJEN-KONTINJEN IMT, UNIFIL DAN IDB
BOLKIAH GARISON, Selasa, 22 Februari 2022 - Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perjumpaan perpisahan secara dalam talian bersama Atase Pertahanan/Penasihat Pertahanan Brunei Darussalam di luar negara serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB yang bertugas di luar negara, di Bilik Persidangan Markas Angkatan Bersama (MAB), Kementerian Pertahanan.
Pada sesi pertama, Pemerintah ABDB telah berinteraksi bersama Atase Pertahanan/Penasihat Pertahanan Brunei Darussalam yang ditugaskan di Australia, Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Vietnam. Ini diikuti dengan sesi kedua di mana Pemerintah ABDB kemudian berinteraksi bersama ketua-ketua kontinjen dari Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanao (IMT-17), MALBATT 850-9 Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dan
Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team di Mindanao (IDB).
Semasa kedua-dua panggilan, Pemerintah ABDB telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih kepada semua atas komitmen dan pengorbanan mereka. Beliau mengingatkan kepentingan diplomasi pertahanan, agar sentiasa berwaspada dan fokus pada tugas dan misi masing-masing. Beliau turut menekankan kepentingan untuk menegakkan nilai-nilai konsep Melayu Islam Beraja dalam menjalankan tugasan harian sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, sentiasa menjaga disiplin yang tinggi selaku wakil ABDB dan juga Negara Brunei Darussalam di tahap rantau dan antarabangsa, serta memohon perlindungan dan kerahmatan Allah Subhanallah Wata’ala.