
BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 23 February 2022 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 38th National Day with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
The celebration began with the national anthem, followed by the Guard of Honour’s inspection by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The Guard of Honour contingent led by the Parade Commander, Lieutenant Colonel Azhar bin Haji Matzan comprises 409 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and a combined band from both forces.
The next parade of 3,800 participants was divided into eight contingents: the Parade Leader, State Security, Bestari Community, Public and Private sectors, Public Movement, Education Sector, Cyclists, In-Line Skaters and Frontliners.
The contingent that participated in the parade consisted of teams from all ministries and government agencies, which was also joined by the Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Directors, Senior Officers, and staff.
Meanwhile, 241 RBAF personnel led by Colonel Pengiran Sharifuddin Bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of Defence Academy RBAF, joined the march past with personnel carrying a giant-sized national flag and the RBAF Band playing patriotic songs throughout the event.
With the theme Menjayakan Wawasan Negara, Brunei Darussalam’s 38th National Day Celebration was held smoothly according to the current endemic COVID-19 guidelines.







KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN
ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-38
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 Februari 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk negara ini dalam acara Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-38 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormatan diketuai oleh Leftenan Kolonel Azhar bin Haji Matzan melibatkan seramai 409 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB.
Seramai 3,800 peserta telah menyertai perarakan perbarisan yang telah dibahagikan kepada lapan kumpulan iaitu Ketua Perbarisan, Keamanan Negara, Komuniti Bestari, Sektor Awam dan Swasta, Pergerakan Awam, Sektor Pendidikan, Pasukan Berbasikal dan
In-Line skaters serta Barisan Hadapan.
Kontingen yang menyertai perbarisan lalu terdiri dari gabungan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, yang mana turut disertai oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Sementara itu, seramai 241 orang anggota ABDB menyertai acara perbarisan yang diketuai oleh Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan Akademi Pertahanan ABDB, yang melibatkan anggota ABDB membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang bersaiz besar serta pasukan Pancaragam ABDB memainkan lagu-lagu patriotik negara di sepanjang acara tersebut.
Dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’, Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38 tahun ini telah berjalan dengan lancar mengikut garis pandu endemic COVID-19 pada masa ini.