
TANAH JAMBU, Monday, 21 February 2022 – An inauguration ceremony of two RBAF publications: Policy Guidance Workplace Harassment and RBAF Leadership Handbook (Training) and RBAF Publications corner was held at the Auditorium and Library Defence Academy RBAF, Kg. Tanah Jambu today.
Present as the Guest of Honour was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF. Also present were Acting Permanent Secretary, Commandant DA RBAF, Commandant TI RBAF, Military Directors and Director of Administration and Manpower, who were also recipients of the published books.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony proceeded with the inauguration of the two publications by the Guest of Honour, followed by the recitation of Doa Selamat to bless the occasion.
The
Policy Guidance Workplace Harassment publication aims to mitigate workplace harassment issues among RBAF personnel by heightening workplace ethics awareness and knowledge. With the publication of this book, it is hoped that RBAF personnel will gain adequate exposure and understanding in harnessing ethical conduct in their workplace. The RBAF also hoped that readers would recognise RBAF as an organisation that maintains peace within the country as well as maintains harmony among its workforce at work. Meanwhile, the RBAF Leadership Handbook (Training) serves as the inaugural publication that builds upon existing knowledge in the study of leadership within the RBAF, which is enhanced by Maqasid Al-Syariah values.
The ceremony then continued with opening the RBAF publication corner at the DA RBAF Library that will shelve around 100 of the RBAF’s best publications. This supports the Commander of RBAF’s vision of cultivating a reading culture in the Ministry of Defence and RBAF and upholding the government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam initiative in producing a nation of readers.
The Policy Guidance Workplace Harassment and RBAF Leadership Handbook (Training), both released before the occasion, were highlighted as the newest additions in the corner.
The corner is also hoped to inspire other units to establish a similar reading corner, which will also support professional development in the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony then concluded with the Guest of Honour gracing the shelves with a brief tour before a photo-taking session.
The ceremony was held following the current COVID-19 guidelines.




MAJLIS PELANCARAN DUA BUKU TERBITAN ABDB DAN
SUDUT PENERBITAN ABDB DI AKADEMI PERTAHANAN ABDB
TANAH JAMBU, Isnin, 21 Februari 2022 – Majlis pelancaran dua buku terbitan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) iaitu Panduan Dasar Gangguan Di Tempat Kerja ABDB dan
Buku Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB dan Sudut Penerbitan ABDB telah disempurnakan di Dewan Auditorium dan Perpustakaan Akademi Pertahanan ABDB, Kg. Tanah Jambu pada hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat adalah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. Turut hadir dan menerima buku-buku tersebut adalah Pemangku Setiausaha Tetap, Komandan AP ABDB, Komandan IL ABDB, Pengarah-pengarah Tentera dan Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh
Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) dan diteruskan dengan pelancaran dua buku terbitan ABDB oleh Tetamu Kehormat serta diikuti dengan bacaan Doa Selamat bagi memberkati majlis.
Terbitan bagi Panduan Dasar Gangguan Di Tempat Kerja ABDB ini merupakan salah satu usaha menangani gangguan di tempat kerja di kalangan anggota ABDB dengan meningkatkan tahap kesedaran dan ilmu mengenai etika ditempat kerja. Dengan penerbitan buku ini, dihasratkan agar setiap anggota ABDB akan mendapat pendedahan dan kesedaran dalam memupuk sikap etika kerja yang bermanfaat. ABDB turut berharap para pembaca akan mengenali ABDB sebagai sebuah organisasi yang menjaga keamanan negara serta keharmonian anggota di tempat bertugas. Manakala, penerbitan Buku Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB berfungsi sebagai penerbitan sulung yang membina pengetahuan sedia ada dalam pengajian kepimpinan dalam ABDB yang dipertingkatkan dengan nilai-nilai Maqasid Al-Syariah.
Majlis diteruskan dengan pelancaran Sudut penerbitan ABDB di Perpustakaan AP ABDB yang memuatkan kira-kira 100 penerbitan terbaik ABDB. Ini adalah untuk menyokong visi Pemerintah ABDB bagi memupuk budaya membaca dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB serta inisiatif bagi menjunjung kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membina negara pembaca.
Panduan Dasar Gangguan Tempat Kerja dan Buku Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB yang dikeluarkan sebelum majlis itu, turut diketengahkan sebagai tambahan terbaharu di sudut penerbitan. Rak ini juga diharap akan memberi inspirasi kepada unit lain untuk mewujudkan sudut bacaan yang sama, yang juga akan menyokong pembangunan profesional dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis kemudian diakhiri dengan kunjungan Tetamu Kehormat ke rak penerbitan tersebut sebelum diteruskan dengan sesi bergambar ramai. Majlis ini telah diadakan mengikut garis pandu COVID-19 pada masa ini.