
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 17 February 2022 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II received a courtesy call from Colonel Morita Hiroshi, Non-resident Defence Attaché of Japan to Brunei Darussalam today.
During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II expressed his satisfaction to Colonel Morita on the warm and friendly defence relations between Brunei Darussalam and Japan, and expressed his hope to see further initiatives in the effort of strengthening the existing defence relations and cooperation, which include the signing of the Memorandum of Cooperation between the defence ministries of both countries in the near future.
Defence relations between Brunei Darussalam and Japan are fostered through many platforms such as the exchanges of visits, regular interactions in various bilateral and regional defence platforms. Japan also actively supports the practical defence cooperation initiatives under the ambit of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus), such as Japan’s recent entry to the ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) which is Brunei Darussalam’s initiative under the ADMM framework.
Colonel Morita Hiroshi is in Brunei Darussalam from 9 until 18 February 2022 to meet senior leadership of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces among others.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN JEPUN YANG TIDAK MENETAP KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 17 Februari 2022 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Morita Hiroshi, Atase Pertahanan Jepun yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan rasa sukacita kepada Kolonel Morita terhadap hubungan pertahanan yang baik dan mesra di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua seterusnya menyuarakan harapan bagi mempertingkatkan inisiatif-inisiatif dalam usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama pertahanan yang sedia ada, termasuk penandatanganan Memorandum Kerjasama antara Kementerian Pertahanan kedua-dua buah negara dalam masa terdekat.
Hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun dieratkan melalui pelbagai rangka kerja seperti pertukaran lawatan, dan interaksi dalam pelbagai landasan pertahanan dua hala dan serantau. Jepun juga menyokong secara aktif pelbagai inisiatif kerjasama pertahanan praktikal di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN
Plus (ADMM-Plus), termasuk penglibatan Jepun baru-baru ini dalam ASEAN
Defence Communications Infrastructure (ADI) yang merupakan inisiatif Negara Brunei Darussalam di bawah rangka kerja
ADMM.
Kolonel Morita Hiroshi sedang berada di Negara Brunei Darussalam dari 9 hingga 18 Februari 2022 yang bertujuan antara lain membuat kunjungan-kunjungan hormat kepada peringkat kepimpinan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.